Asklegal

Tender | Construction Tender | Services Tender | Design

Lembaga Air Perak - Turnkey Project


 

1. Kontraktor-Kontraktor yang Syarikatnya dimiliki 100% oleh rakyat tempatan (Warganegara Malaysia) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini adalah dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam tawaran berikut :

TURNKEY PROJECT - MEREKABENTUK, MEMBINA, MEMANTAU DAN MENTAULIAH SEBUAH KOLAM SIMPANAN TERNAIK BERKAPASITI 2.27 JUTA LITER, TANGKI SEDUTAN BERKAPASITI 0.9 JUTA LITER DAN RUMAH PAM DI TAPAK TANGKI SEDIADA BATU 12, LEKIR, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN 

 

i. Taraf Tender Terbuka 

ii. Kelayakan Pentender Mempunyai:

(a) Permit Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara C2 (Sistem Bekalan Air) (b) Perakuan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred G5 Kategori CE Pengkhususan CE20 dan CE21

(c) Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB)

 

iii. Lawatan Tapak

Lawatan Tapak adalah diwajibkan dan diadakan pada 24.12.2019 Kontraktor yang berminat hendaklah berkumpul di Tapak Kolam Batu 12, Lekir, Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan (No. H/P: 019-5105510) Kordinat (4.1200190.100.7749342) jam 10.30 pagi. Dokumen akan dijual kepada kontraktor yang menyertai lawatan tapak sahaja. 

(Hanya seorang wakil dibenarkan mewakili sebuah syarikat dan hendaklah mengemukakan surat wakil semasa lawatan tapak) 

 

 

iv. Bayaran Dokumen

RM 300.00 senaskah (LAP tidak menerima bayaran yang dibuat dengan cek) 

V. Tarikh Jual Dokumen Dari 24.12.2019 hingga 21.01.2020

vi. Tarikh Tutup Tender Pada 30.01.2020 tepat jam 12.00 tengahari

 

2. Dokumen Meja Tawaran akan dipamerkan di Unit Ukur Bahan Dan Kontrak, Ibu Pejabat Lembaga Air Perak, Jalan St. John, 30200 Ipoh, mulai 19.12.2019 hingga 21.01.2020. Dokumen Tender akan dijual kepada Kontraktor atau wakil-wakil yang sah sahaja. Untuk tujuan itu dokumen ASAL berikut hendaklah dikemukakan:

 

Permit Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)

Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB)

Surat Wakil Pembelian Tender 

 

3. Dokumen-dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang tertutup dan di alamatkan kepada Pengurus Besar, Lembaga Air Perak, Ipoh, dan dimasukan ke dalam peti tender yang terletak di Unit Ukur Bahan Dan Kontrak, Tingkat 3, Komplek Lembaga Air Perak, Jalan St. John, 30200 Ipoh tidak lewat dari masa yang ditetapkan. 

4. Mana-mana tender yang diterima selepas tarikh tutup yang ditetapkan di atas akan ditolak atau dikembalikan semula kepada pentender tanpa dibuka

 

Pengurus Besar Lembaga Air Perak