Asklegal

Tender | Property

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja - Rest Houses For Sale


 

 

 

Tender adalah dipelawa secara terbuka daripada syarikat atau individu yang berminat untuk membeli hartanah milik KWSP seperti berikut:-

 


NO. RUJUKAN PELAWAAN

KWSP.JPH (S).4005/7/26


KETERANGAN TENDER

CADANGAN PENJUALAN RUMAH ISTIRAHAT KWSP DI LOT 7582, MUKIM PASIR PANJANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN


DEPOSIT TENDER (RM)

161,600.00


TARIKH/TEMPAT LAWATAN TAPAK

 

Tarikh 20 Disember 2019

(Jumaat)

Masa 10.00 Pagi

Lokasi 

Lobi Apartment Istirahat KWSP,

Tingkat Bawah, Jalan Batu 10, 71000 Port Dickson, N.Sembilan


TARIKH PELAWA

16 Disember 2019 (Isnin)


TARIKH TUTUP

22 Januari 2020 (Rabu)


NO PETI

16


NO. RUJUKAN PELAWAAN

KWSP.JPH (S).4005/7/27


KETERANGAN TENDER

CADANGAN PENJUALAN RUMAH

ISTIRAHAT KWSP DI LOT 115, MUKIM

TANAH RATA CAMERON HIGHLAND

PAHANG


 

DEPOSIT TENDER (RM)

109,000.00


TARIKH/TEMPAT LAWATAN TAPAK

Tarikh 23 Disember 2019 (Isnin)

Masa 2.00 Petang

Lokasi 

Tingkat Bawah Rumah Istirahat KWSP, Lot 115 Jalan Kamunting, Brinchang, 39100 Cameron Highland, Pahang


TARIKH PELAWA

16 Disember 2019 (Isnin)


TARIKH TUTUP

22 Januari 2020 (Rabu)


NO PETI

17


NO. RUJUKAN PELAWAAN

KWSP.JPH (S).4005/7/28


KETERANGAN TENDER

CADANGAN PENJUALAN RUMAH

ISTIRAHAT KWSP DI PN434 LOT 3544

PINE RESORT, FRASERS HILL

PAHANG


 

DEPOSIT TENDER (RM)

3,600.00


TARIKH/TEMPAT LAWATAN TAPAK

 Tarikh 27 Disember 2019 (Jumaat)

Masa 3.00 Petang

Lokasi L.62 Pine Resort, Bukit Fraser, 49000 Pahang


TARIKH PELAWA

16 Disember 2019 (Isnin)


TARIKH TUTUP

22 Januari 2020 (Rabu)


NO PETI

18


 

1.Dokumen Tender boleh didapati pada waktu pejabat di Unit Pengurusan Tender Vendor, Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan, Tingkat 8, Bangunan KWSP, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) senaskhah dalam bentuk Bank Deraf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Bayaran tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

 

2. Petender dikehendaki mengemukakan Deposit Tender dengan jumlah seperti ditetapkan diatas dalam bentuk Bank Deraf/Jaminan Bank atas nama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semasa mengembalikan Dokumen Tender.

 

3. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat. Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul, nombor tender serta tajuk tender yang berkaitan dan dikembalikan kepada:-

 

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF 

Kumpulan Wang Simpanan PekerjaJabatan Pengurusan Perolehan Bekalan Tingkat 8, Bangunan KWSP, JIn Raja Laut

50350 Kuala Lumpur.

 

Tidak lewat dari jam 12:00 tengahari pada 22 Januari 2020 (Rabu)

 

4. KWSP tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran Tender yang tertinggi dan tidak akan bertanggungjawab memberi sebarang alasan atas penolakan Tender dan juga tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan Tender ini.