Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Universiti Teknologi MARA - Washroom & Rooftop Upgrade


Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar di dalam bidang seperti di bawah yang pendaftarannya masih berkuatkuasa bagi menjalankan Perkhidmatan/Kerja-kerja seperti berikut:-


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

No. Tender : UiTM/PER/T/7/55/19

Cadangan Kerja-Kerja Naiktaraf Tandas Pelajar, Tandas Pelawat Dan Baikpulih Lapisan Kalis Air Bumbung Rata Kolej Baiduri  Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat 


Kelayakan : Berdaftar Dengan CIDB


Memegang Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang masih sah


Gred G3

Kategori B

Pengkhususan B08, B13, B28


Harga Dokumen : RM 80.00 Senaskah


TARIKH/MASA TEMPAT.

Tempat Pamer/Jual/Tutup Tawaran:

Pejabat Bendahari   Jalan Universiti off Km.12 Jalan Muar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat.85000 Segamat Johor Darul Takzim 

 

Tarikh/Masa Taklimat Lawatan Tapak:

11/12/2019 Jam 11.30 Pagi 

 

Tempat Taklimat Lawatan Tapak: 

Pejabat Pengurusan Fasiliti & ICT UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat 

 

Tarikh Tutup Tawaran :

02/01/2020 jam 12.00 tengah hari


 

1. Dokumen Meja Tawaran akan dipamer mulai 04/12/2019 

2. Kehadiran Petender ke Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Hanya Petender yang hadir Taklimat dan Lawatan Tapak sahaja yang akan dibenarkan membeli Dokumen Tawaran 

3. Hanya Penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja yang boleh menghadiri Taklimat dan Lawatan Tapak tersebut. Petender tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada Penama di dalam sijil-sijil yang dinyatakan. 

4. Petender yang TIBA LEWAT dari masa yang telah ditetapkan untuk sesi Taklimat dan

Lawatan Tapak akan dikenakan tindakan seperti berikut : 

i Tidak dibenarkan menyertai Taklimat dan Lawatan Tapak 

ii Tidak akan diberikan Borang Pengesahan Lawatan Tapak yang telah ditandatangani oleh Pegawai Jabatan ini 

iii Tidak dibenarkan menyertai Tawaran Tender yang dibuka ini dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan 

 

5. Dokumen Tawaran boleh dibeli Selepas Taklimat dan Lawatan Tapak pada waktu pejabat dengan menggunakan Wang Tunai/Deraf Bank atas nama BENDAHARI UNIM. 

 

6. Petender-petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL CIDB, SPKK dan Sijil Taraf Bumiputera PKK (ika Berkaitan) beserta SALINAN sijil-sijil berkenaan semasa membeli Dokumen Tawaran tersebut 

 

7. Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti yang dinyatakan 

 

8. Tawaran ditutup pada Tarikh & Masa yang di nyatakan. Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan.