Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Selayang - Children Home Management


MAJLIS PERBANDARAN KLANG BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH, JALAN PERBANDARAN, 41675 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN TEL: 03-3371 6044, 3371 1376, 3371 6141 FAX: 03-3372 0344, 3374 2245 LAMAN WEB: www.mpklang.gov.my E-mel: aduan@mpklang.gov.my


KENYATAAN TAWARAN TENDER

Pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS) adalah dipelawa untuk menyertai tawaran berikut :


 

BIL 1

TAJUK KERJA

No. Tender: MPK 500-6/3/10 PERKHIDMATAN PENGURUSAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MAJLIS PERBANDARAN KLANG


TARAF TENDER & SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN

BERDAFTAR DENGAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA &  JABATAN KEBAJIKAN MALAYSIA (JKM) &  SIJIL KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK ATAU KURSUS ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK- KANAK PERMATA YANG DIIKTIRAF OLEH JKM


TAKLIMAT (TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT 

 

TAKLIMAT (KEHADIRAN ADALAH  DIWAJIBKAN)

 

TARIKH:05/12/2019 (KHAMIS)

MASA PENDAFTARAN: 9.00-9.30 pg

MASA TAKLIMAT : 9.30 pg

 

TEMPAT : Auditorium Raja  Ismail, Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang

 

Nota: 

 Dokumen Tender hanya  akan dijual kepada syarikat  yang menghadiri taklimat/lawatan tapak sahaja.

 


TARIKH DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

 

MULAI:   06/12/2019 (JUMAAT) Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 1, Pejabat MPK  Jalan Tengku Kelana (Pusat Sumber)  Lot 175, Jalan Tengku  Kelana,  41000 Klang Selangor Darul Ehsan

Nota:  Petender di kehendaki  membawa Sijil Pendaftaran ASAL & SALINAN yang dinyatakan di syarat  syarat tender. 


TARIKH, WAKTU DAN TEMPAT TAWARAN TUTUP

 

TARIKH TUTUP: 26/12/2019 (KHAMIS)

JAM: 12.00 TENGAH HARI

 

Bahagian Ukur Bahan, Tingkat 1, Pejabat MPK Jalan Tengku Kelana (Pusat Sumber) Lot 175, Jalan Tengku Kelana, 41000 Klang Selangor Darul Ehsan 

 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.


 

SYARAT-SYARAT :

 

1. Setiap dokumen Tender dijual dengan harga RM 100.00 di kaunter Bahagian Ukur Bahan. Pembayaran dibuat

secara tunai dan dokumen tender akan dikeluarkan kepada Syarikat yang sah sahaja. Untuk maksud ini, Pihak Syarikat dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Dokumen meja tawaran dipamerkan mulai 6 DISEMBER 2019. 

 

2. Dokumen Tender yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam SAMPUL SURAT BERLAKRI dan dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti tertera di atas. 

 

3. Petender yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup tawaran adalah dianggap tidak berjaya. 

 

4. Hanya Penama di dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang boleh menghadiri taklimat / lawatan tapak. 

 

5. Petender adalah diwajibkan untuk melaporkan diri dan menghadiri taklimat yang akan diadakan pada 5 DISEMBER 2019 jam 9.00-9.30 pagi di Auditorium Raja Ismail, Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang. Maklumat lawatan tapak akan dimaklumkan semasa taklimat. 

 

6. Petender yang tidak menghadiri taklimat / lawatan tapak tidak layak untuk menyertai Tender.

 

7. Petender dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran ASAL Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kad pengenalan dan Cop Syarikat semasa hari taklimat. 

 

8. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan Tender. Jika dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, Dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. 

9. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak dipertimbangkan. 

 

10. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada 24 DISEMBER 2019. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari waktu tersebut. Sebarang pertanyaan sila hubungi BAHAGIAN UKUR BAHAN di talian 03-3375 8014. 

 

Disediakan oleh : BAHAGIAN UKUR BAHAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG