Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services Tender | Design

Johor Port Berhad - Services Of Remote Control System Of (RTG)


Tawaran adalah dipelawa daripada Syarikat/Firma Tempatan yang berkelayakan dan berpengalaman untuk melaksanakan kerja-kerja berikut: 

 


NO. 1


 TAJUK/NO. TAWARAN

 

TENDER NO  JPB/86/2019  THE INVESTIGATION, DESIGN, SUPPLY,  INSTALL, TEST AND COMMISSION OF REMOTE CONTROL SYSTEM OF EXISTING RUBBER TYRE GANTRY (RTG) CRANES, JOHOR PORT BERHAD


 

PENDAFTARAN

Berdaftar Dengan  Johor Port Berhad


 

HARGA DOKUMEN TAWARAN  DAN TENDER DEPOSIT 

Harga Dokumen Tawaran: RM1,000  senaskhah (Tidak Dikembalikan) 

 

Deposit Tender: RM25,000.00


 

LAWATAN ТАРАК/TAKLIMAT TAWARAN

 Lawatan Tapak/ Taklimat Tawaran  akan diadakan pada   10 Disember 2019  (Selasa) pada pukul 10.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat,  Jabatan Penyelenggaraan dan Baik Pulih Johor Port Berhad, Wisma Kontena, Pasir Gudang, Johor


TARIKH & MASA TENDER  DITUTUP 

Dokumen  Tawaran dijual pada 2 Disember  2019 (Isnin) 

sehingga 12 Disember 2019 (Khamis). 

 

 

Tarikh tutup tawaran 

31 Disember 2019   (Selasa) @ 12.00   tengah hari. 


 

 

Dokumen tawaran boleh disemak dan diperolehi pada waktu pejabat dari Jabatan Perolehan, Johor Port Berhad, L2.6, Tingkat 2, Wisma Kontena, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai atau Perintah Juruwang/Draf Bank atas nama Johor Port Berhad. Permohonan melalui pos tidak akan dilayan.

 

Dokumen tawaran hanya akan dikeluarkan kepada wakil Syarikat/Firma yang sah sahaja.

 

Tender Deposit bernilai RM25,000.00 perlu disertakan dalam bentuk Draf Bank atau Jaminan Bank. Dokumen tawaran yang telah lengkap diisi dan Deposit Tawaran hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi, Jawatankuasa Tawaran, Johor Port Berhad, Peti Surat 151, 81707 Pasir Gudang, Johor dan hendaklah dimasukkan ke dalam kotak tawaran yang disediakan di Jabatan Perolehan, Johor Port Berhad, L2.6, Tingkat 2, Wisma Kontena.

 

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung dengan tawaran ini bolehlah menghubungi Jabatan Perolehan, Johor Port Berhad (UP: Pn Hazara Sulaiman atau Pn Hafizah Ibrahim) menerusi nombor telefon 07-2535 888 sambungan 567 atau 566.