Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Jabatan Agama Islam Negeri Johor - Publishing, Printing And Supply Kitab


1. Tawaran adalah dipelawa kepada Petender Bumiputera yang berwibawa dan berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010102 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurangkurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi tender berikut:

 

 

TENDER BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL KITAB KESULTANAN ISLAM JOHOR DARJAH SATU (1) HINGGA DARJAH KHAS SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR PEMBEKALAN TAHUN 2020 (KEGUNAAN MULAI TAHUN 2020)


KOD TENDER

JAINJ/BPI/T/05/2019


TAJUK

Kitab Kesultanan Islam Johor Darjah Satu Hingga Darjah Khas


ZON PEMBEKALAN

Seluruh Negeri Johor 


TAKLIMAT TENDER

5 Disember 2019 (Khamis)

 

10.00 pagi Tempat: Bilik Multimedia

 

Aras Bawah, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor,

Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru,  Johor.


TARIKH TUTUP DAN  TEMPAT HANTAR  TENDER 

26 Disember 2019  (Khamis) 

Tepat Jam 12.00 Tengah Hari 

Tempat: Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama  Islam Negeri Johor  

Aras 3, Blok B,  Pusat Islam  Iskandar Jalan Masjid Abu Bakar, Johor. 80990 Johor Bahru. 


 

2. Dokumen Tender boleh dibeli di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 3, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80900 Johor Bahru dari jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang mulai 5 Disember 2019 (Khamis) hingga 26 Disember 2010 (Khamis) dengan harga RM200.00 bagi setiap satu set dokumen tender. 

 

3. Petender yang ingin membeli dokumen tender hendaklah membawa bersama; 

a) SIJIL ASĂL Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera KKM dan satu (1) salinan sijil (tidak dikembalikan). 

 

b) Sekiranya Petender tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor tetapi mempunyai Sijil Virtual, Petender hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran Petender dengan Kementerian Kewangan kepada Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bagi penyemakan dan pengesahan status pendaftaran Petender dengan memfakskan

ke nombor 07-223 3178. 

 

 

4. Petender hanya dibenar mengemukakan satu tawaran tender sahaja bagi setiap tender yang ditawarkan. 

 

5. Tawaran tender akan ditutup pada hari Khamis, 26 Disember 2019, tepat jam 12.00 tengah hari. 

 

 

6. Taklimat Umum kepada Petender akan diadakan pada 5 Disember 2019 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Multimedia, Aras Bawah Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80990 Johor Bahru. Kehadiran Petender untuk taklimat ini adalah diwajibkan. Sekiranya gagal berbuat demikian, maka Jabatan ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran tender. 

 

 

7. Tawaran tender tidak akan dipertimbangkan sekiranya:

7.1 Petender GAGAL menghadiri taklimat tender.

7.2 Petender GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tender. 

 

 

8. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Aras 3 Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu Bakar, 80900 Johor Bahru. Tawaran dan dokumen yang lewat diterima selepas tarikh dan masa tender ditutup adalah dikategorikan sebagai Tender Lewat dan tidak akan dipertimbangkan. 

 

9. Kerajaan Johor tidak terikat untuk menerima tender dengan harga yang terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender. Keputusan tender adalah muktamad. 

 

10. Petender dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak kerajaan. Petender yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kerajaan mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Petender.

 

Pengarah 

Jabatan Agama Islam Negeri Johor 

Pusat Islam Iskandar Johor