Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - ICT Related Services For 2 New Programme


1. Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut: 

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH PEROLEHAN PERKAKASAN, PERISIAN, RANGKAIAN ICT BAGI PEWUJUDAN DUA (2) PROGRAM BAHARU DI KKTM SRI GADING


NO. TENDER

81/2019


KOD  BIDANG

210101, 210102, 210103,  210105 dan 210107


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN
29/11/2019 Hingga 10/12/2019


TARIKH, MASA & TEMPAT LAWATAN TAPAK & TAKLIMAT  TENDER

11/12/2019  10.30 pagi    KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI  MARA SRI GADING Batu 11, Jalan Kluang, kampung Parit Jelutong,86400 Parit Raja, Johor


 

HARGA   SENASKHAH DOKUMEN

RM60.00


TARIKH  TUTUP  TENDER

31/12/2019 (sebelum   12.00 tengah  hari) 


 

2.Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK/WANG POS atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja.

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5.Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri lawatan tapak & taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal.

 

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

 

8.Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah :


PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (Kaunter Tender) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

Pada atau sebelum 12.00 tengah hari


9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my