Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services

Majlis Amanah Rakyat - Services To Upgrade Cert Programme to Diploma


 

 

Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut: 

 

CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MELATIH DAN MENTAULIAH PERALATAN BAGI MENAIKTARAF PROGRAM SIJIL KE PERINGKAT DIPLOMA TEKNOLOGI DALAM BIDANG ELEKTRONIK DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU, JOHOR

 


NO. TENDER

80/2019

 


KOD BIDANG

130101 atau 130102

 


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

 

29/11/2019 Hingga 16/12/2019 

 

ISNIN-KHAMIS 

8.30 pagi - 1.00 petang 

2.00 petang - 4.30 petang

 

 

JUMAAT 

8.30 pagi - 12.15 t/hari 

2.45 petang -4.30 petang


 

TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER 

 

17/12/2019 Pendaftaran : 10.00 Pagi  


INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU

Jalan Taruka Off Jalan Datin Halimah

80990 Johor Bahru Johor Darul Takzim


 

HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM87.50


TARIKH TUTUP TENDER

08/01/2020

(Sebelum 12.00 tengah hari)


 

2. Tawaran ini dilaksanakan melalui atas talian (online). Oleh itu pembekal DIWAJIBKAN membuat pendaftaran syarikat melalui laman web www.sennego.com sebelum menyertai tawaran ini. Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ini, sila hubungi pusat khidmat pelanggan SENNEGO di talian 03-77879734/77879731 atau emel kepada bantuan SPE@commercedc.com.my

 

Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli nombor pin. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak serta membeli nombor pin dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

3. Bagi membolehkan pembekal mengakses sistem dan memuat turun dokumen selepas mendaftar syarikat dengan SENNEGO, pembekal perlu membuat pembelian nombor pin dengan hadir ke Tingkat 2 (Kaunter Tender) Lot 3.15, Ibu Pejabat MARA, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur beserta sijil-sijil berikut yang masih sah tempoh untuk semakan:

 

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA dan MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

 

4. Nombor Pin boleh diperolehi dengan mengemukakan bukti bayaran. Bayaran boleh dibuat secara Draf bank/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) dengan nilai seperti yang tercatat di atas dan wang ini tidak akan nilai seperti yang tercatat di atas dan wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

 

 

5. Pembekal dikehendaki memuat turun semua dokumen tender melalui laman web www.sennego.com mulai 29/11/2019 hingga 16/12/2019.

 

6. Pembekal dikehendaki mengemukakan dokumen tender secara manual dan melalui atas talian (online) sebelum atau pada tarikh tutup

tender. 

 

7. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal.

 

8. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

9. Yuran perkhidmatan yang dikenakan kepada pembekal yang berjaya adalah sebanyak 0.7% bagi setiap transaksi yang disempurnakan daripada nilai setiap invois. 

 

10. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH 

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN 

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR.

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari

 

11. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my