Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Cleaning Services For Office Area & Building


 

Tender adalah dipelawa kepada Syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) bagi kerja-kerja berikut:-

 


BUTIR-BUTIR TAWARAN

 

Tajuk Projek:

CADANGAN KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN RUANG PEJABAT DAN PERSEKITARAN IBU PEJABAT PKNS SERTA PERKHIDMATAN MEMBEKAL, MEMASANG DAN MENYELENGGARA KARPET KESAT KAKI,

PERALATAN DAN BAHAN "HYGIENE  DI BANGUNAN IBU PEJABAT PKNS YANG BERALAMAT DI NO. 2, JALAN INDAH 14/8. SEKSYEN 14,40505 SHAH ALAM, SELANGOR. (UNTUK TEMPOH TIGA (3) TAHUN)

 

No. Kontrak

PKNS/UH/T/M/01/2019


SYARAT PENDAFTARAN

 

BERDAFTAR: 

Kementerian kewangan Malaysia (KKM) 

 

Kod Bidang 

221001, 221002 DAN 020403


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL 

Bahagian Perolehan Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik, Shah Alam.

 

Pada: 05 DISEMBER 2019  HINGGA 20 DISEMBER 2019  

Jam: 9.00 Pagi - 4.00 Petang


TARIKH  TENDER DITUTUP

06 JANUARI 2020  Jam  12.00 Tengahari 


1. LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 04 DISEMBER 2019 (RABU) jam 11.00 PAGI bertempat di GALERI BLOK A, BANGUNAN IBU PEJABAT PKNS Kehadiran adalah DIWAJIBKAN kepada PEMILIK SYARIKAT SAHAJA, hanya syarikat yang hadir sahaja layak membeli tender. ***Syarikat dikehendaki mengemukakan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta salinannya untuk simpanan semasa lawatan tapak. 

2. Kontraktor yang berpengalaman dalam kerja-kerja perkhidmatan pembersihan & Hygiene bagi Bangunan Hijau (GBI) adalah diutamakan. 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM100.00 dan hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan). 

4. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 05 DISEMBER 2019. 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Syarikat atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Syarikat inginmenghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Syarikat dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) DAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) serta WAJIB membawa SATU SALINAN bagi setiap Sijil-sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. 

6. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen lender. 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat

 

BAHAGIAN PEROLEHAN PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK, 40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN No. Tel: 03-5525 0300 http://etender.pkns.gov.my 

 

8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.