Asklegal

Tender | Installation Tender | Services

Jabatan Kerja Raya - Sistem Bulk Fuel Installation


 

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-

 


 

Pejabat yang Memanggil Tender

Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (Bahagian Kontrak & Ukur Bahan) Ibu Pejabat JKR Malaysia


Tajuk Projek

PROJEK MENAIKTARAF SISTEM BULK FUEL INSTALLATION (BFI) SEDIADA DI PANGKALAN UDARA TUDM SUBANG


Taraf / Jenis Syarikat*

Terbuka T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/ Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub-Kepala

 

Berdaftar dengan CIDB Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) & Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); 

Gred: G6 Kategori: ME & CE Pengkhususan: M12 & CE21

 

Atau 

 

PUKONSA

Kelas: A Tajuk: 1, Tajuk Kecil: 1 Tajuk III Atau 

 

UPKJ

Kelas : B Kepala 1: Sub-Kepala 1 Kepala V 

 

 

Kontraktor tidak dibenarkan memohon kebenaran khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ untuk pengkhususan bidang kerja yang ditetapkan.

 


Tempat Dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. 

 

Tarikh Dokumen Dijual: 6.01.2020 (Isnin) hingga 20.01.2020 (Isnin)

 


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

 

RM 350.00 Akauntan Negara Malaysia - KKR-T

 


Tempat. Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur. 

 

Tarikh Tutup Tender:

29.01.2020 (Rabu)

 

Waktu: Sebelum atau pada 12.00 tengah hari Tender yang lewat diterima tidak boleh dipertimbangkan

 


Taklimat projek dan lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN pada TARIKH: 18 Disember 2019 MASA : 9.30 Pagi

Tempat Berkumpul: Bilik Mesyuarat. Pejabat PSGK, Pangkalan Udara TUDM Subang Selepas Taklimat Tender, Lawatan Tapak akan dijalankan. Kontraktor dikehendaki menyediakan kenderaan sendiri. 

 

**Sila bawa cop syarikat beralamat untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa lawatan tapak dan taklimat tapak dijalankan.

 


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat didalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) 

 

* Jenis Pendaftaran: 

T1- Syarikat yang 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenarai di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah 100% oleh warganegara. 

A2- Syarikat yang 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.