Asklegal

Tender | Maintenance

Majlis Perbandaran Taiping - Daily Maintenance Work


 

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor - kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang ditetapkan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


NO. TENDER

MPT/JK/T/131 / 19


BUTIR-BUTIR TAWARAN

Cadangan Kerja Penyelenggaraan Harian Di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Majlis Perbandaran Taiping Tahun 2020


HARGA DOKUMEN TAWARAN

RM 300.00 (Tidak akan dikembalikan )


TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

Jab. Kejuruteraan,Tingkat 3,Wisma Perbandaran, MP Taiping  

Rabu, 27.11.2019 hingga, Jumaat,13.12.2019


SYARAT PENDAFTARAN

LPIPM (CIDB)

Gred : G3 

Kategori : CE 

Pengkhususan :CE21 dan BPKU : Bumiputera


TARIKH, & TEMPAT LAWATAN ТАРАК

Dikecualikan


TEMPAT DAN TARIKH TENDER DI TUTUP

Selasa, 17.12.2019 pada Jam 12.00 Tengah Hari

 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.


Naskah Meja Tawaran boleh disemak di Jabatan Kejuruteraan, Tingkat 3, Wisma Perbandaran, Majlis Perbandaran Taiping pada waktu pejabat bermula 27.11.2019. Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Tunai/Wang Pos / Kiriman Wang /Draf Bank di atas nama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping ( bayaran ini tidak akan dikembalikan ).

 

 

Kontraktor dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB) iaitu Sijil Pendaftaran Kontraktor serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU). Salinan bagi ketiga-tiga sijil tersebut hendaklah disediakan dan dikemukakan semasa membeli dokumen tender. SALINAN Sijil Pendaftaran PKK/Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kontraktor & Usahawan (BPKU), bagi kontraktor yang tidak membawa sijil Asal. Hanya penama atau pegawai syarikat yang ditauliahkan sahaja dibenarkan membeli Dokumen Tender. Sekiranya syarikat menghantar wakil maka surat wakil yang ditandatangan oleh pegawai syarikat hendaklah dikemukakan semasa membeli tender.

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri (tulis No. Tender di atas sampul sebelah kiri) dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat ;-

 

YANG DIPERTUA,

Jabatan Kewangan, 

Tingkat 1, Majlis Perbandaran Taiping, 

Jalan Taming Sari, 34000, Taiping, PERAK