Tender | Services
Universiti Malaysia Terengganu - Cable & Internet Related Services
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan tawaran ini juga dipelawa daripada pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) di dalam bidang berkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran berikut :-
JENIS TAWARAN
No. Tawaran : UMT/T17/2019
TENDER PENYELENGGARAAN PERALATAN RANGKAIAN DAN SISTEM PENGKABELAN BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN DI ZON
PENTABDIRAN DAN ZON KOLEJ KEDIAMAN (FASA 1) UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
KOD KELAYAKAN
Kementerian Kewangan:
210105 - Telecommunication/networking-supply product, Infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/ wireless/satellite)
NO. PETI
1
TAKLIMAT
Tarikh:
4 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat:
Bilik E-Persidangan, PPPTK, Aras 1 Bangunan PSNZ, UMT
*Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
JENIS TAWARAN
No. Tawaran : UMT/T18/2019
TENDER MENAIKTARAF PERKHIDMATAN JALUR LEBAR INTERNET BAGI TEMPOH TIGA (3) TAHUN DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
KOD KELAYAKAN
Kementerian Kewangan:
210105 - Telecommunication/networking-supply product, Infrastructure, services including maintenance (LAN/WAN/Internet/ wireless/satellite)
DAN
210107 - ICT Security and Firewall, Encryption, PKI, Antivirus
DAN
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM):-
a) Network Facility Provider (NFP) ATAU
b) Network Service Provider (NSP) ATAU
c) Application Service Provider (ASP)
NO. PETI
2
TAKLIMAT
Tarikh:
4 Disember 2019 (Rabu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat:
Bilik E-Persidangan, PPPTK, Aras 1 Bangunan PSNZ, UMT
*Kehadiran taklimat adalah diwajibkan
HARGA DOKUMEN
RM50.00
Dijual pada : 4 Disember 2019 (Rabu) Hingga
24 Disember 2019 (Selasa)
TARIKH TUTUP
26 Disember 2019 (Khamis)
Prosedur pembelian dokumen tender yang menggunakan sijil:
Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) - perlu membawa sijil ASAL dan mengemukakan SALINAN sijil pendaftaran sahaja.
Dokumen Tender akan dijual pada waktu pejabat mulai jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang (Ahad - Khamis) di Kaunter Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu dengan membuat bayaran dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Draf Bank yang dibuat atas nama Bendahari, Universiti Malaysia Terengganu (yang tidak akan dikembalikan). Pembelian Dokumen Tender melalui pos tidak akan dilayan kecuali diuruskan sendiri oleh syarikat perkhidmatan pos laju yang dilantik oleh petender.
Dokumen Tender hendaklah dimasukkan dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di Pejabat Bendahari, Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Nerus, Terengganu, sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari sepertimana tarikh tutup pada jadual di atas. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
Pihak UMT tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tawaran lain dan juga tidak perlu untuk memberi sebarang alasan kepada petender yang tidak berjaya.
Iklan ini boleh dilayari di halaman web berikut:
http://www.umt.edu.my http://onlinepembekal.umt.edu.my