Asklegal

Tender | Services

Majlis Perbandaran Pasir Gudang  - Genera & Vehicle Insurance Policy Services


Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong bertaraf BUMIPUTERA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah tajuk/kod bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


JENIS KERJA & BILANGAN TAWARAN

PERKHIDMATAN POLISI INSURANS AM DAN KENDERAAN UNTUK MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG BAGI TEMPOH 3 TAHUN

 

MPPG/T22/2020/BPK/JKEW


GRED, KATEGORI, PENGKHUSUSAN

KEMENTERIAN KEWANGAN

221801 & 221802


 HARGA  DOKUMEN 

 RM300.00 


 

Dokumen tawaran boleh dimuat turun di laman sesawang sistem sebutharga MPPG iaitu http://kontrak.mppg.gov.myeSebutharga mulai 26 NOVEMBER 2019(SELASA) hingga 18 DISEMBER 2019 (RABU) dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Bank Draf atau Wang Pos dibuat atas nama MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. Bayaran secara tunai atau secara “On-Line" juga akan diterima. 

 

Dokumen tawaran yang tidak lengkap adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Tempoh sah laku lesen hendaklah sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh tutup tawaran. Naskah Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor pada waktu pejabat. 

 

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul No. Tawaran dan jenis kerja berkaitan dan dikembalikan kepada:

 

Yang Dipertua 

Majlis Perbandaran Pasir Gudang 

Aras 19, Menara Aqabah Jalan Bandar,

81700 Pasir Gudang, Johor 

 

 

Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 19 DISEMBER 2019 (KHAMIS) dan dikehendaki memasukkan ke dalam peti tawaran di Bahagian Pengurusan Kontrak, Aras 10, Menara Aqabah, Pasir Gudang, Johor. Pihak kami tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.

 


KONTRAKTOR YANG BERMINAT PERLULAH MENDAFTAR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBUAT PEMBELIAN DI MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG. SEGALA PEMBELIAN DIBUAT SECARA "ON LINE" DI LAMAN SESAWANG SISTEM SEBUTHARGA MPPG IAITU http://kontrak.mppg.gov.my/eSebut Harga. SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI 07-2547771 - Bahagian Pengurusan Kontrak.