Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

MATRADE - Application System Development and Supply of Personal Computers & Notebooks


MATRADE adalah agensi penggalakan perdagangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang terlibat secara langsung dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama serta membangun dan mempromosikan eksport Malaysia ke seluruh dunia.


KENYATAAN TENDER

Pembekal yang berdaftar, berkelayakan dan berpengalaman adalah dipelawa untuk membuat tawaran bagi perkhidmatan seperti berikut:-


TAJUK TENDER

TENDER MATRADE

NO. 4/2019:

Perkhidmatan Digital MATRADE Project: Application System Development and Supply of Personal Computers & Notebooks


 

KOD BIDANG PENDAFTARAN

MOF 210101 DAN 210102 DAN 210103 DAN 210104


 

HARGA, TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN MULA DIJUAL

RM152.00 Unit Perolehan, Tingkat 17 (West Wing), Menara MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 50480 Kuala Lumpur

 

 29 November 2019 sehingga 9 Januari 2020 


 

TAKLIMAT WAJIB TENDER

 

Tarikh: 29 November 2019 (Jumaat) 

Masa: 10.00 pagi

 

Tempat: Bilik Johannesburg 1, Tingkat 5 (West 50480 Kuala Lumpur Wing), Menara MATRADE, Kuala Lumpur

(Dokumen Tender hanya akan dijual kepada syarikat yang menghadiri taklimat wajib tender sahaja)

 


PENYERAHAN TAWARAN TENDER

 

 Peti Tender, Tingkat 15 (West Wing), Menara

MATRADE, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, 

(u.p.: Unit Perolehan) 

Sebelum atau pada   9 Januari 2020 (Khamis), jam 12.00 tengah hari


 

Dokumen Tender boleh dibeli mulai 29 November 2019 selepas taklimat tender di Unit Perolehan, Tingkat 17 (West Wing), Menara MATRADE pada waktu pejabat seperti berikut:

 

 Isnin - Khamis : 9.00 pagi - 1.00 petang 

                            2.00 petang - 5.00 petang

Jumaat : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 

               3.00 petang - 5.00 petang


 

 

1. Dokumen Tender boleh dibeli pada tarikh yang dinyatakan di atas sahaja dengan bayaran seperti yang tersebut di atas pada waktu pejabat dengan menggunakan Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama MATRADE.

Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. 

 

 

2. Petender dikehendaki mengemukakan sesalinan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) semasa membeli Dokumen Tender. Satu syarikat hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender sahaja. 

 

 

3. HANYA PENAMA di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat tender. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain dari penama dalam Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF). 

 

4. Syarikat diminta untuk turut membawa bersama Pegawai Teknikal syarikat sewaktu Taklimat Wajib diadakan bagi memastikan syarikat mendapat maklumat yang jelas mengenai perkhidmatan yang ditawarkan terutama yang melibatkan perkhidmatan berkaitan teknikal. 

 

 

5. Tawaran tender akan ditutup pada 9 Januari 2020 (Khamis) pada jam 12.00 tengah hari. Tawaran tender yang lewat diterima dari waktu ini tidak akan dipertimbangkan

 

6. Notis tender ini juga dipaparkan di laman web rasmi MATRADE. Sila layari www.matrade.gov.my. 

 

7. MATRADE tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.