Asklegal

Tender | Services

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) - Armed & Unarmed Security Service


Tender adalah dipelawa secara terbuka kepada pembekal-pembekal tempatan (keutamaan kepada Syarikat Bumiputera) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) di bawah kod bidang seperti di jadual, berkelayakan dan berpengalaman untuk menyertai sebut harga bagi pembekalan/perkhidmatan berikut:


 

NO. TENDER

TENDER LHDNM BIL.39/2019


 

BUTIR-BUTIR TAWARAN

PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN SWASTA (BERSENJATA DAN TIDAK BERSENJATA) DI CAWANGAN JOHOR BAHRU, LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)


KELAS PENDAFTARAN KKM

Kod Bidang: 220801

 [Perlu Lesen Kementerian Dalam Negeri (KDN)]


TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK (DIWAJIBKAN HADIR)

 

Tarikh: 26 November 2019 (Selasa)

 Masa: 12.00 tengah hari

Lokasi: Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Menara Hasil, No. 1, Jalan Padi Emas 1, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru 

 


HARGA DOKUMEN

RM100.00


TARIKH & WAKTU TUTUP

17 Disember 2019 (Selasa) 12.00 tengah hari


 

1. Petender perlu berdaftar secara atas talian (online) sebagai pembekal dengan pihak LHDNM untuk menyertai tender ini dengan melayari laman web Sistem e-Perolehan LHDNM melalui capaian https://www.tenderwizard.my/LHDNM. 

 

2.Dokumen Tender hanya akan dijual kepada petender yang mempunyai kod bidang berkaitan dan masih sah pendaftarannya serta boleh dibeli melalui Sistem e-Perolehan LHDNM mulai 26 November 2019. Bayaran bagi Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.

 

 

3.Syarikat WAJIB MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER. Hanya PENAMA DI SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) SAHAJA yang dibenarkan menghadiri sesi taklimat. Petender hendaklah mengemukakan SALINAN FOTOSTAT Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah dan berkuat kuasa (tidak dikembalikan). 

 

4.Petender hendaklah mengambil perhatian bahawa Fi Perkhidmatan sebanyak 0.75% bagi transaksi yang dijana melalui Sistem e-Perolehan LHDNM akan dikenakan kepada pembekal/syarikat yang dilantik tertakluk kepada had maksimum RM9,000.00 

 

5. Kenyataan tawaran ini juga boleh dilihat di portal rasmi LHDNM http://www.hasil.gov.my.

 

6.Dokumen Tawaran Tender serta lain-lain dokumen sokongan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) melalui Sistem e-Perolehan LHDNM pada atau sebelum 17 Disember 2019 (Selasa) jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 

 

7. Penjelasan lanjut hendaklah menghubungi talian berikut:

Dokumen Tender

En. Nasutiun Bin Mahmood nasutiun@hasil.gov.my 03-83138888 samb. 20506 

Pn. Zalina Binti Ismail zalinaismail@hasil.gov.my 03-83138888 samb. 20522 

 

Bantuan Teknikal ePerolehan eperolehanlhdnm@hasil.gov.my 03-79627870/7947