Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Stadium Malaysia - Weapons Control Service Without Weapons


Tender adalah dipelawa kepada syarikat dan yang masih dibenarkan menyertai tender pada masa ini seperti berikut:-

 


 

Bil 2. Tajuk

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api Bagi Seluruh Kawasan, Bangunan Dan Harta Benda Bagi Kompleks Sukan Di  Bawah Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia:-

 

Pakej 1

Kuala Lumpur Sports City

 

Pakej 2

Kompleks Sukan Jalan Duta

 

Pakej 3

Kompleks Sukan Bukit Kiara

Pakej 4

Kompleks Sukan Setiawangsa

Pakej 5

Kompleks Sukan Shah Alam 


Rujukan

2.  PSM (S) 003/287  JILID 35 (4)


Kelayakan  Penender

 

Berdaftar dengan Kementerian  Kewangan   

 

220801 Kawalan Keselamatan  dan Lesen KDN    Sijil Akuan Bumiputera  (Sekiranya Ada) 

 

Berdaftar dengan Kementerian  Kewangan

 

221001 Pembersihan Bangunan dan Pejabat dan 221002  Membersih kawasan 

 

Sijil Akuan Bumiputera  (Sekiranya Ada)


 

Harga Dokumen

  RM  70.00


Tarikh Dan Masa Tender  Dibuka, Taklimat Dan Ditutup 

 

Tarikh Iklan Tender:    21 November 2019 (Khamis) 

 

Tarikh Taklimat  dan Lawatan Tapak:  28 November 2019 (Rabu)  Jam 10.00 pagi 

 

Lokasi Taklimat dan  Lawatan Tapak: Lobi, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City 

 

Tarikh Tender Ditutup: 19 Disember 2019 (Khamis)  Jam 12.00 Tengah Hari

 


 

1. Dokumen Meja Tender boleh disemak bagi setiap tender berkenaan di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 27 November 2019 (Rabu). 

 

2. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak bagi tender berkaitan yang akan diadakan seperti tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan. Untuk maksud ini, bagi syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak berkenaan. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa sesi taklimat dan lawatan tapak berserta Cop Syarikat. 

 

3.Dokumen Tender boleh dibeli bermula pada hari taklimat dan lawatan tapak bagi setiap tender yang berkenaan untuk petender yang menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak pada waktu pejabat di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur. 

4. Pembayaran bagi dokumen tender yang berkaitan hendaklah dibuat pembayarannya dalam bentuk Wang Pos / Wang Kiriman Pos / Bank Deraf dari institusi bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Perbadanan Stadium Malaysia. Bayaran tidak akan dikembalikan. 

 

5. Dokumen Tawaran Teknikal dan Tawaran Harga hendaklah disediakan dalam sampul yang berasingan dan dimasukkan ke dalam satu (1) sampul surat besar yang berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender di sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti di Unit Perolehan, Bahagian Kewangan, Aras 1, Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City, 57700 Sri Petaling, Kuala Lumpur tidak lewat pada jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup setiap tender berkenaan. Tawaran yang lewat dikemukakan dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 

 

6. Perbadanan juga tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. 

 

7. Perbadanan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali. 

 

8. Syarikat hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. 

 

9. Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai berikut:

Spesifikasi 

a) Kebersihan:Puan Fitri Ani Kulau (fit3@stadium.gov.my) 019-3576879

 Puan Izatul Aishah Binti Kamaruzzaman (izatulaishah@stadium.gov.my) 012-3262256

 

 

b) Keselamatan :

Mohd Anuar Md Noh (mohdanuar@stadium.gov.my) 018-3838680

Muhammad Syafiq Ahmad Zen (syafiq@stadium.gov.my) 017-2475683

 

Dokumentasi 

Encik Mohamed Shafie Bin Abd Razak (shafie@stadium.gov.my) 03-89920850