Asklegal

Tender | Services

International Islamic University Malaysia - Proposed Slope Rectification


Tawaran adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BUMIPUTERA yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/ CIDB) yang dimiliki 100% oleh warganegara Malaysia dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut:-


 

BIL 1.

 

JENIS KERJA

 PROPOSED SLOPE RECTIFICATION AT MAHALLAH RUQAYYAH, MAHALAH ZUBAIR AND ON-CAMPUS STAFF HOUSING,  INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN IIUM/DEV/11/2019)


 

KOD BIDANG

Berdaftar dengan CIDB (Kejuruteraan Awam) Gred: G4 Kategori: CE Pengkhususan: CE08 - Perlindungan dan Penstabilan Cerun dan CE21 - Pembinaan Kejuruteraan Awam 

 


TARIKH DAN TEMPAT TAKLIMAT

 

Tarikh : 27 November 2019

Masa : 9.30 pagi 

Tempat: KICT Conference Room, 

Level 5, Kulliyyah of Information & Communication  

Technology (KICT) IIUM Gombak Campus

 

Kehadiran bagi Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN


Naskah meja tender akan DIPAMERKAN dan DIJUAL mulai 27 November 2019 (Rabu) hingga 11 Disember 2019 (Rabu). Penama di dalam sijil pendaftaran sahaja yang layak untuk menghadiri taklimat tender dan petender dikehendaki membawa COP RASMI SYARIKAT semasa menghadiri taklimat dan membeli dokumen tender. Petender yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak sahaja layak membeli dokumen tender dan menyertai tawaran tender ini. 

 

Tempat Membeli Tender : Bahagian Pembangunan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur 

Masa : 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari / 2.30 petang hingga 4.00 petang 

Harga : RM300.00 / Tender Dokumen (Tidak akan dikembalikan) 

Bayaran : Wang Pos/ Wang Kiriman/ Bank Draf atas nama Pengarah Kewangan UIAM. Tarikh Tutup : 24 Disember 2019 (Selasa) 

Masa : Tidak lewat dari 12.00 tengah hari. (Tender yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan) 

Tempat Penghantaran : Peti Tender, Pejabat Kewangan, Aras 2, Bangunan Muhammad Abdul-Rauf, UIAM,Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur 

Arahan : Tuliskan tajuk tender dibahagian atas sudut kiri sampul tender dokumen. 

 

Wakil kontraktor yang sah hendaklah membawa sijil asal PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR CIDB, SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN CIDB serta sijil asal PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KONTRAKTOR & USAHAWAN (BPKU) dan satu salinan bagi setiap sijil tersebut sewaktu pembelian Dokumen Tender.

 

UIAM tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran sekalipun