Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Perbandaran Sepang - Building Wash & Cleaning


1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor - kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia Dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) bagi kerja – kerja berikut : 


BIL. 1 

NO. TENDER 

MP Sepang (JKP) 400-10/12/42


TAJUK KERJA

CADANGAN PERKHIDMATAN BAGI KERJA-KERJA  MENCUCI BANGUNAN DAN PEMBERSIHAN DI IBU  PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, CYBERJAYA DAN PEJABAT JABATAN LANDSKAP,  TAMAN TASIK CYBERJAYA SELANGOR UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG PADA TAHUN 2020-2022


BIDANG, SUB  BIDANG & PECAHAN BIDANG 

221001 (PEMBERSIHAN  BANGUNAN DAN PEJABAT) DAN 221002  (MEMBERSIH  KAWASAN)


HARGA  DOKUMEN

RM150.00


 

2. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat di Tingkat 3, Unit Tender Dan Kontrak.Dokumen tender akan dikeluarkan mulai dari tarikh 29 Hb November 2019 hingga 19 Hb Disember 2019 dengan harga yang ditetapkan bagi senaskah (tidak dikembalikan). Dokumen Tender hanya dijual kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera atau wakil yang mengemukakan Surat Lantikan Wakil, Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) yang asal. Bayaran hendaklah dibuat secara Tunai, Wang Pos Atau Bank Draf yang berpalang atas nama 'Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang'. 

 

3. Kontraktor-kontraktor adalah diwajibkan untuk membuat lawatan tapak bersama Pegawai Penguasa atau wakilnya (Hanya penama di dalam lesen dengan membawa sijil asal). Hanya penender yang hadir pada lawatan tapak tersebut sahaja yang layak untuk memasuki tawaran ini. Penender dikehendaki melaporkan diri di tempat, tarikh dan masa seperti tersebut:

 

Tarikh: 28 hb November 2019 (Khamis) 

Masa : 10.00 pagi. 

Tempat Berkumpul F : Bilik Semarak, Aras 4,Majlis Perbandaran Sepang 

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat bermeteri dengan menulis No. Tender disebelah sudut kiri sampul dan dimasukkan ke dalam peti tender di Ruang Lobi Utama, Aras Dua, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan sebelum atau pada jam 12.00 Tengahari pada 19 Hb Disember 2019. 

 

 

5. Majlis Perbandaran Sepang tidak terikat untuk menerima tender yang terendah atau sebarang tender atau memberi apa - apa sebab tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kos perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.