Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery Tender | Services

Perbadanan Putrajaya - Services For (1) Unit 'Led Indoor Screen" & Related Works


 

 

 

 

 

 

 

 

KERJA-KERJA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MEMPROGRAM, MENGUJI, MENTAULIAH, MELATIH DAN MENJAMIN UNTUK SATU (1) UNIT 'LED INDOOR SCREEN' DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI DEWAN AUDITORIUM CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA, PRESINT 3, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

NO.TENDER : PPJ/T/JB/66/2019


 

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) dalam Gred, Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini serta mempunyai pengalaman, keupayaan teknikal dan kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan projek tersebut di atas. 

 

2. Maklumat tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:


SYARAT PENDAFTARAN

 

LPIPM/CIDB

 

Gred G3

 

Kategori ME

 

Pengkhususan E01 dan E11

 

Dan Berdaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) Untuk Taraf Bumiputera


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN ТАРАК

25 November 2019 (Isnin)  10.00 Pagi 

 

Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


TARIKH & TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

25 November 2019 (Isnin) Sehingga 9 Disember 2019 (Isnin) 

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


 

HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

 

Ringgit Malaysia RM150.00 (Tidak Dikembalikan) Tunai/Draf Bank Perbadanan Putrajaya

 


TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP

 

17 Disember 2019 (Selasa)

 

12.00 Tengah hari

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


 

 

3. Kontraktor-kontraktor juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut: - Mempunyai pengalaman dan pernah membekal perkhidmatan serupa bernilai sekurang-kurangnya RM250,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu. 

 

4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat. 

 

5. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM BORANG 9, 24 & 49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor/Syarikat yang menghadiri taklimat dan lawatan tapak tersebut. 

 

 

6. Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen-dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera (BPKU). Salinan Sijil-sijil Pendaftaran BPKU boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah BPKU. 

 

7. Tender ini akan ditutup pada 17 Disember 2019 bersamaan hari Selasa, jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk tender dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk pembelian Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan.


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:

www.ppj.gov.my