Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Daerah Pontian - Upgrading the Drains Around the Buildings


Tender ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor BERTARAF BUMIPUTERA yang berdaftar di PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR dan LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA yang masih dibenarkan membuat tender pada masa ini bagi membuat kerja-kerja sebagaimana berikut:


 

Bil

1.


Tajuk Projek/No. Tawaran

Menaiktaraf Longkang Di Sekeliling Bangunan Pusat Perniagaan Kukup, MD Pontian. (MDP/T/7/2019)


 

Kelas/ Taraf

G3 Bumiputera

 


Kepala / Subkepala

 

CE34 dan CE21


Harga Dokumen (RM)

50.00


 

 

2. Kontraktor diwajibkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak bina pada 27 NOVEMBER 2019 (RABU) jam 9.30 pagi. Taklimat akan hanya diadakan sekali sahaja (diwajibkan). Kontraktor dikehendaki berkumpul di Dewan Jubli Intan Pontian pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

3. Merujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan 2/2013 hanya penama di dalam Sijil Perakuan PKK, SPKK CIDB/ KEMENTERIAN KEWANGAN sahaja yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak / taklimat yang diadakan di jabatan ini. Wakil tidak dibenarkan.

 

4. Butir-butir dan dokumen tender ini boleh didapati di Jabatan Kejuruteraan Bangunan pada waktu pejabat dan hendaklah dibayar dalam bentuk wang pos/kiriman wang/draf bank berharga RM 50.00 yang dibuat atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Pontian. Wang ini tidak akan dikembalikan. Dokumen tender boleh dibeli oleh penama atau wakilwakil kontraktor dengan syarat membawa SIJIL ASAL dan surat wakil syarikat. Bagi maksud ini kontraktor-kontraktor hendaklah membawa salinan asal serta fotostat Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Perakuan Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Taraf Bumiputera dari PKK. Dokumen mula dijual pada 27 NOVEMBER 2019 (RABU) (selepas lawatan tapak). Tarikh akhir penjualan dokumen tender pada 10 DISEMBER 2019 (SELASA).

 

5.Dokumen Tender yang telah diisilengkap hendaklah disampul surat berlakri yang bertulis tajuk tender berkenaan di penjuru kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam peti tawaran bertempat di Jabatan Kejuruteraan Bangunan, Aras 2, Blok A, Pejabat Majlis Daerah Pontian, Johor tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 18 DISEMBER 2019 (RABU).

 

(NOR SYAZLAN BIN ABD RAZAK) 

Yang Di Pertua, 

Majlis Daerah Pontian. 

Bertarikh : 20hb November 2019