Asklegal

Tender | Services

MARDI - Fixed Fired Effect


Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpengalaman serta berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) dahulu dikenali sebagai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), dalam bidang yang tersebut di bawah dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


NO. TENDER/JENIS KERJA 

 

MDI/PK/KW1476-TK002/2019

 

CADANGAN KERJA-KERJA PEMBAIKAN KESAN KEBAKARAN DI PUSAT PENYELIDIKAN PADI DAN BERAS (BLOK D1)  IBU PEJABAT MARDI, SERDANG, SELANGOR DARUL EHSAN


 

BIDANG PENDAFTARAN/HARGA DOKUMEN  

 

Syarat-Syarat:

i. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred G4 - Kategori B dan CE,  Pengkhususan B04, CE14 & CE21; dan  

 

ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Oleh CIDB; dan  

 

iii. Sijil Taraf Bumiputra (STB) Oleh BPKU 

 

Harga Jualan Dokumen : RM150.00 

 

 

Taklimat dan Lawatan Tapak (Wajib Hadir)

 

Hanya penama yang dinamakan dalam PPK & SPKK sahaja yang boleh 

menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Kontraktor tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam sijil PPK & sijil SPKK. 

 

Tarikh : 27 November 2019 (Rabu) 

Masa : 10.00 Pagi 

Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Program Pengurusan Fizikal Dan Utiliti,

Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Harta (Blok D4), Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor. 

 

* Kontraktor wajib memakai safety boot dan topi keselamatan semasa lawatan tapak.


 

Dokumen tender mulai dijual pada 27 November 2019 sehingga 10 Disember 2019 dan boleh diperolehi dengan harga di atas dalam bentuk wang tunai/wang pos bank draf atas nama Ketua Pengarah MARDI (Cek persendirian/syarikat tidak diterima) semasa waktu pejabat bermula 8.30 pagi sehingga 4.30 petang di Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI,Serdang, Selangor. (Tel: 03-8953708317078) dengan membawa Sijil Pendaftaran Asal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) dan Salinan Sijil-sijil berkenaan (yang tidak dikembalikan). Kegagalan berbuat demikian menyebabkan dokumen tender tidak akan dikeluarkan. 

 

Dokumen tender yang telah sempurna diisi dan ditandatangani hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeterai dan ditulis nombor rujukan tender di penjuru sebelah kiri sampul berkenaan. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Pusat Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor dan dokumen yang diposkan dengan menggunakan alamat di atas hendaklah sampai selewatlewatnya pada atau sebelum 18 Disember 2019 jam 12.00 tengah hari. 

 

MARDI tidak bertanggungjawab di atas kelewatan dokumen tender yang diposkan dan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran yang dikemukakan. Iklan tender juga boleh didapati melalui laman web MARDI (http://www.mardi.gov.my) dan laman web MyProcurement (http://myprocurement.treasury.gov.my).