Asklegal

Tender | Construction Tender | Services

Johor Corporation - Set Up Street Lights and OtherWorks


Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-

 


BIL 1.


PROJEK

Cadangan Kerja Menyiapkan Lampu Jalan Serta LainLain Kerja Berkaitan Bagi Pembangunan Kawasan Perindustrian Zon "12C, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Mukim Plentong, Johor Bahru, Johor

 

 Bilangan Tawaran : JC/T9/2019


 

KELAYAKAN KONTRAKTOR

 

Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB) 

 

Gred: G3 Kategori: ME Pengkhususan: E16 & E17


TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh : Khamis / 5 Disember 2019

Jam: 10.00 Pagi

Tempat: Kompleks Usahawan IKS Pasir Gudang

PLO 829/ PTD 236201

Jalan Susur Besar 1 Kawasan Perindustrian Pasir Gudang

81700 Pasir Gudang Johor

 

(Tel: 07-2766298)

 

Koordinat: 1.471776, 103.880857)

 

(Kehadiran adalah wajib untuk setiap pemborong yang telah membeli tender. Individu yang dinamakan di dalam sijil CIDB sahaja yang layak mengesahkan slip kehadiran semasa lawatan tapak)


 

HARGA DOKUMEN TENDER

RM300.00


Dokumen Tawaran boleh didapati di Pejabat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor,Tel:(07) 2766298 mulai Selasa, 19 November 2019 hingga Selasa, 3 Disember 2019 dalam waktu pejabat (Ahad, 8.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 4.30 petang), (Isnin - Rabu, 8.00 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang) dan (Khamis, 9.30 pagi - 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.15 petang). 

 

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Selasa, 10 Disember 2019 di alamat Naib Presiden, Teknikal & Pra Pembangunan, Divisyen Pembangunan Industri, Johor Corporation Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari. 

 

 

Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :

a) Sijil Asal (termasuk salinan fotostat) Pendaftaran Pemborong Dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia(CIDB) 

b) Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)(Salinan) 

 

Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna. 

 

Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk DRAF BANK atau KIRIMAN WANG di atas nama TPM TECHNOPARK SDN. BHD. 

 

Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas. Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.