Asklegal

Tender | Services

Jabatan Pengairan Dan Saliran - Drainage System Upgrade Project


Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/ UPKJ/ Kementerian Kewangan dalam Gred, Kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/ bekalan berikut:


Pejabat Yang Memanggil Tender 

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Darul Ridzuan

 


Nombor Tender/Tajuk Projek (pembiayaan)**

 

JPS/P/PKI BPSP/19/2019

 

Projek Menaiktaraf Sistem Saliran Pengairan Sungai

Manik, Fasa 2, Daerah Hilir Perak, Perak Darul Ridzuan.


Taraf

Bumiputera


Syarat Pendaftaran

 

Berdaftar dengan CIDB

 

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera Yang Masih Sah

 

Gred: G6 Kategori: CE Pengkhususan: CE10, CE21, CE36


Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Bahagian Kewangan,

Pejabat Pengarah, Jabatan Pengairan dan

Saliran Negeri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh.

 

28.11.2019 - 11.12.2019 (Isnin-Khamis: 8.15pg-12.30tgh & 2.00ptg -3.00ptg, Jumaat: 8.15pg-12.00tgh)


 

Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM250.00 (Tidak dikembalikan)

 

Bendahari, Negeri Perak

 

(Wang Tunai dan Cek tidak diterima)


 

Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Peti Tender di Bahagian Kewangan, Pejabat Pengarah, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Darul Ridzuan.

 

18.12.2019(Rabu) Jam 12.00 tengah hari


 

Lawatan Tapak/ Taklimat Projek adalah DIWAJIBKAN pada 27.11.2019 (Rabu) Masa 10.00 pagi. Tempat berkumpul: PEJABAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH HILIR PERAK, TELUK INTAN, PERAK DARUL RIDZUAN. [Koordinat GPS: 4.021736,101.022683]. Hanya penama syarikat di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA atau UPKJ sahaja boleh menghadiri lawatan tapak/ sesi taklimat. Kontraktor/ Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ.

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak di JPS Negeri Perak.

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/ kiriman wang/ wang pos di atas nama Bendahari, Negeri Perak. Wang Tunai dan Ček tidak diterima. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu Salinan sijil-sijil tersebut. Bagi kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).