Asklegal

Tender | Construction

Majlis Amanah Rakyat - Customisation And Image Enhancement


1. Tawaran adalah dipelawa kepada kontraktor Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan didaftarkan dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) / CIDB dalam kategori dan pengkhususan yang berkaitan bagi melaksanakan kerja-kerja berikut :

 

CADANGAN KERJA-KERJA UBAHSUAI DAN PENINGKATAN IMEJ BAGI TINGKAT 26 HINGGA 30 KOMPLEKS PERNIAGAAN JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN (MENARA MARA) 


NO TENDER

 79/2019


 

TARIKH, MASA & TEMPAT  TAKLIMAT TAPAK

 21/11/2019 10.00 pagi

 

 CONFERENCE@25  LEVEL 25 PREMIERA HOTEL MENARA MARA KUALA LUMPUR


TEMPOH PENJUALAN TENDER

22/11/2019 Hingga 5/12/2019


LPIPM

Gred: G3

Kategori : B & ME 

Pengkhususan: B28 & E11


HARGA SENASKAH DOKUMEN

RM 150.00


TARIKH TUTUP TENDER 

 12/12/2019

  (Sebelum 12.00 tengah hari)  


*Sila bawa cop syarikat semasa menghadiri taklimat tender

 

2. Kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan - sebelum dibenarkan mengambil dokumen :

 

i. Sijil Asal Perakuan Pendaftaran Kontraktor (SPPK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

ii. Sijil Asal Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh CIDB 

iii. Sijil Asal Taraf Bumiputera (STB) yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU)

 

 

Satu (1) salinan fotostat Sijil-sijil Asal bagi dokumen di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa hendak membeli dokumen. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

 

3. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan (1) tawaran tender sahaja.

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 1.00 ptg, 2.00 ptg - 4.30 ptg) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

 

5.Kontraktor yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. Wakil syarikat adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA / CIDB untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender.

 

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

 

7. MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN

TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

21, JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari.

 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my