Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran - Services For ICT, Virtualisation & Server Consolidation


NO. TENDER: PTPK/PR/TEN/02/2019


BIL.1.


TAJUK TENDER DAN NO.TENDER

Tender Perolehan Perkhidmatan Peningkatan Infrastruktur ICT dan Pelaksanaan Virtualisasi dan Konsolidasi Server Untuk Tempoh Tiga (3) Tahun Mulai Tahun 2020 Hingga 2022 Bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)

 

PTPK/PR/TEN/02/2019


TARAF SYARIKAT

Terbuka


KOD BIDANG

210102, 210103, 210105, dan 210106


TEMPAT & TARIKH MULA PENJUALAN DOKUMEN TENDER

 

Tempat Pembayaran & Tempat Pengambilan Dokumen Tender:

 

Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan Korporat, Pelaburan dan Akaun, Aras 15, Menara Dato" Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), No.45, Jalan Tun Ismail, 50530 Kuala Lumpur.

 

15.11.2019 (Jumaat) HINGGA 09.12.2019 (Isnin)

 

dari jam  9.00 pagi hingga 4.00 petang

 

Pada waktu Pejabat (kecuali Cuti Umum, Sabtu & Ahad)


HARGA DOKUMEN

 

RM75.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Lima

Sahaja)

 

dalam bentuk

Bank Draft atau "Banker's Cheque" atau Wang Kiriman

Pos Berpalang

 

Pembayaran kepada

PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT

 

Taklimat Diwajibkan :  

 

Tarikh : 22.11.2019 (Jumaat)

 

Masa : 10.00 pagi

 

Tempat Taklimat:  

Dewan Terbuka Aras 19, PTPK


 

TARIKH, TEMPAT & WAKTU TENDER TUTUP

Peti Tender

Bahagian Kewangan Korporat,

Pelaburan dan Akaun, Aras 15, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),

No.45, Jalan Tun Ismail,

50530 Kuala Lumpur

 

pada

 

09 DISEMBER 2019 (ISNIN) Sebelum 12:00 tengah hari


1. Tender adalah dipelawa daripada pembekal yang berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan di bawah kod bidang seperti yang diperincikan di dalam jadual di atas, yang masih sah dan dibenarkan membuat tawaran pada masa ini. 

 

2. Petender adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri sesi taklimat mengikut ketetapan seperti berikut;

Tarikh : 22 NOVEMBER 2019 (JUMAAT) 

Masa 10.00 Pagi 

Tempat : Dewan Terbuka

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Aras 19, Menara Dato' Onn, - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), No.45, Jalan Tun Ismail, 50530 Kuala Lumpur.

 

 

Nota : Hanya penama di dalam Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat tender ini dan Pembekal yang berminat dibenarkan dan dinasihatkan untuk membawa wakil yang mempunyai pengetahuan mengenai Tender yang dimaksudkan serta di beri hak kuasa mewakili oleh pihak syarikat. 

 

3. Mempunyai pengalaman berkaitan tender adalah satu kelebihan. 

 

4. PTPK tidak akan melayan sebarang permintaan pembelian Dokumen Tender sebelum dan/atau selepas dari tarikh yang tertera di atas. 

 

5. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada wakil petender yang sah. Untuk tujuan tersebut, wakil-wakil petender DIWAJIBKAN untuk membawa sesalinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia yang masih sah tempohnya. 

 

6. Sebarang pertanyaaan berkenaan Tender di atas boleh diajukan kepada Seksyen Perolehan di talian 03-4047 6107 1 6117 / 6183 / 6184 atau email kepada perolehan2@ptpk.gov.my. Maklumat lanjut mengenai tawaran iklan tender ini boleh dilayari di laman web rasmi PTPK di www.ptpk.gov.my