Asklegal

Tender | Property

MARDI - Property For Sale


Tender adalah dipelawa kepada individu warganegara Malaysia / bukan warganegara dan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia / syarikat antarabangsa untuk menyertai pembelian harta tanah MARDI seperti berikut:

 


NO HAKMILIKI/LOKASI

PN 94898

Lot 48686,

Mukim Dengkil,Daerah Sepang, Selangor


KATEGORI  TANAH

Pertanian


KELUASAN

61700 mps


HARGA RIZAB (RM)

38,400,000.00


TEMPOH PEMILIKAN 

Pajakan selama 99 tahun, tempoh berakhir pada 30 Jun 2081


BAYARAN 

i) Dokumen RM50.00 (secara tunai dan tidak akan  dikembalikan.

ii) Deposit:RM1 JUTA


1. Dokumen tender boleh didapati dengan mengemukakan bayaran tunai papa waktu pejabat (Isnin-Jumaat) pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 4.30 petang mulai 21 November hingga 22 November 2019 di alamat:

 

Peti Tender 

Pusat Pengurusan Kewangan Ibu Pejabat MARDI 

43400 Serdang, Selangor 03-8953 7104

 

 

2. Petender adalah dikehendaki menyertakan deposit tender sebanyak RM1,000,000.00 bagi setiap tawaran tender. Deposit tender hendaklah dalam bentuk banker's cheque atas nama Ketua Pengarah MARDI. Tawaran tanpa atau kurang deposit tender tidak akan dipertimbangkan. 

 

3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi beserta banker's cheque deposit tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti di atas. 

 

4. Tarikh tutup tender adalah pada 10 Disember 2019, jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 

 

5. Petender yang berjaya dikehendaki mengemukakan baki bayaran 2% daripada nilai tawaran dalam bentuk banker's cheque atas nama Ketua Pengarah MARDI sebagai earnest money dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh Surat Persetujuan Harga. Baki bayaran hendaklah yang ditetapkan di dalam dokumen tender. Bayaran deposit bag petender yang tidak berjaya akan dikembalikan setelah urusan tender selesai. 

 

6. Semua bayaran bagi urusan tender ini hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dalam bentuk banker's cheque (Bank Tempatan atau Bank Antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia) 

 

 

7. MARDI berhak untuk membatalkan tender dan tidak terikat untuk menerima tawaran tertinggi serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos yang ditanggung oleh petender berikutan dengan urusan tender ini.