Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - Building New Complex


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


 

Pejabat yang memanggil tawaran

JKR Negeri Sembilan Darul Khusus


Tajuk Projek (Pembiayaan)**

CADANGAN PEMBINAAN BARU KOMPLEKS PENTADBIRAN PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN


Taraf/Jenis Syarikat*

Bumiputera T1


Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/ Kelas, Kepala & Sub kepala 

 

Gred: G5

Kategori: B

Pengkhususan: B04


Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Tingkat 2, Blok B, Wisma Negeri.70990 Seremban Negeri Sembilan Darul  Khusus

 

28.11.2019 Hingga 12.12.2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM660.00

Bendahari Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan Tingkat 2, Blok B,Wisma Negeri 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus

 

19.12.2019  12.00 tengah hari


Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Tempat : Bilik Gerakan JKR Daerah Kuala Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21.11.2019 (Khamis) Jam 10.00 Pagi.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos di atas nama BENDAHARI NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak

melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.