Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Landskap Negara - Recommendations for Completion of Remaining Landskap Works


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor - kontraktor penyiap yang telah diberikan Sijil Kontraktor Penyiap oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Berdaftar di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) / PUKONSA/UPKJ dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:


PEJABAT YANG MEMANGGIL TENDER

Jabatan Landskap Negara, Tingkat 1, Plaza Permata (IGB), Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak 50400 KUALA LUMPUR


TAJUK PROJEK

No. Tender: JLN/T/05/2019

 

Cadangan Menyiapkan Kerja-Kerja Tertinggal  Bagi Pembangunan Landskap Perbandaran Pekan, Pahang


TARAF/ JENIS   SYARIKAT* 

 

Terbuka  *T1


GRED, KATEGORI & PENGKHUSUSAN/ KELAS

 

Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap dari Kementerian Kerja Raya (KKR) 

 

dan 

 

  i. Berdaftar dengan CIDB Gred G5 atau G6 Kategori    

     CE14 Landskap di luar Bangunan dan CE21  

    Pembinaan Kejuruteraan Awam

 

  ii. Sijil Perolehan Kerja Kerajaan 

     

     Atau

 

    UPKJ Kelas B atau A, Kepala Il Sub kepala 2, dan Kepala   

    VI Sub Kepala 5 (a) 

 

    Atau

 

   UPKJ Kelas B atau A, Kepala Il Sub kepala 2, dan Kepala   

    VI Sub Kepala 6 (a) 

 

   DAN

 

   Mempunyai Pengalaman dalam Pembinaan Kerja 

   Landskap

 

   *Sila bawa salinan sijil & cop syarikat 


 

 TEMPAT DAN TARIKH  DOKUMEN MULA DIJUAL

 

 Jabatan Landskap Negara,

Tingkat 15, Plaza Permata (IGB), Jalan Kampar Off  Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR 

 

 Tarikh Dokumen Dijual: 22 Nov 2019 (Jumaat) Hingga 5   

  Dis 2019 (Khamis) 


HARGA DOKUMEN DAN BAYARAN ATAS NAMA

RM 1,170.00 (Tidak akan  dikembalikan) 

Akauntan Negara Malaysia-KW-T 


 

TEMPAT, TARIKH DAN MASA DAN TENDER DITUTUP

 

Tingkat 15, Plaza Permata (IGB), Jalan Kampar Off  Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR 

 

Tarikh Tutup Tender: 12 Disember 2019 (Khamis). 

Waktu:  12.00 tengah hari


 

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN

Tempat Dan Tarikh Melapor Diri Bagi Lawatan Tapak: 

 

21 November 2019 (Khamis) jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Pekan, Pahang

Kenderaan tidak disediakan pada waktu lawatan tapak.

 

 

PERINGATAN:

Tender ini mensyaratkan bahawa hanya penama di dalam Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil UPKJ, PUKONSA atau Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap dari Kementerian Kerja Raya (KKR) yang boleh menghadiri sesi taklimat dan lawatan tapak, wakil adalah TIDAK dibenarkan. Sila bawa bersama SIJIL ASAL dan Salinan Pendaftaran PKK, SPKK, UPKJ, PUKONSA, Sijil Kontraktor Penyiap dan Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan) semasa taklimat dan lawatan tapak. Tarikh laku sijil-sijil tersebut hendaklah masih berkuatkuasa sekurang-kurangnya tiga (3) bulan semasa tarikh tutup tender. Dokumen tender tidak akan dijua pada mereka yang gagal mengemukakan sijil-sijil tersebut dan tidak menghadiri taklimat/lawatan tapak yang telah ditetapkan.

 

SILA BAWA COP BERALAMAT UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PENDAFTARAN SEMASA TAKLIMAT TAPAK DIJALANKAN.


1. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank, kiriman wang atau wang pos atas nama Akauntan Negara Malaysia-KW-T. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. 

 

2. Dokumen tender yang telah lengkap diisi mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan ditandakan dengan Tajuk dan Nombor Tender di atas sampul surat. Dokumen ini hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender di Jabatan Landskap Negara, Tingkat 15, Plaza Permata IGB, Jalan Kampar Off Jalan Tun Razak, 50400 KUALA LUMPUR pada atau sebelum jam 12.00 tengah hari, 12 Disember 2019 (Khamis) bagi Tender No. JLN/T/05/2019 dan Kementerian Wilayah Persekutuan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos. Kementerian

Wilayah Persekutuan juga tidak terikat untuk menerima tawaran rendah atau mana-mana tawaran. 

 

3. Iklan di atas juga boleh diakses dengan melayari laman web rasmi Jabatan Landskap Negara di alamat www.jln.gov.my dan web rasmi Kementerian Wilayah Persekutuan di alamat www.kwp.gov.my dan web myprocurement di alamat www.myprocurement.treasury.gov.my. 

 

4. *Jenis Pendaftaran:

T1 - Syarikat 100% milik warganegara. 

A1 - Syarikat 100% milik warganegara ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu syarikat-syarikat yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia dan warganegara dengan syarat pegangan saham individu yang tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara. 

 

A2-Syarikat 100% milik warganegara ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia ATAU syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia(tidak kira samaada disenaraikan di Bursa Malaysia atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.