Asklegal

Tender | Construction

Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli  - New Bar Construction


Pelawaan ini adalah terbuka kepada firma perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah kod bidang seperti di bawah untuk mengambil bahagian di dalam pelawaan berikut:


NO. TENDER

BBA (PP)/ 13/2019


BUTIR-BUTIR PELAWAAN

Pembinaan Baraj Baru Di Rantau Panjang Sungai Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.


KOD BIDANG

330101 (Kejuruteran Awam)


TARIKH TUTUP  TENDER (12.00 TENGAH HARI)

20 Disember 2019 (Jumaat)


SYARAT UTAMA PELAWAAN

Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan  pembelian Dokumen Tender.

 

1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan berdaftar di bawah kod bidang yang ditetapkan; 

 

2. Tempoh pendaftaran dengan Kementerian Kewangan masih sah. 

 

3.Hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan yang dibenarkan menghadiri taklimat tender. 

 

4. Bagi tujuan pengesahan, Sijil Asal dan Salinan hendaklah dibawa semasa taklimat tender. 

 

5. WAJIB menghadiri taklimat tender seperti berikut: 

 

Pembinaan Baraj Baru Di Rantau Panjang Sungai Muda, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

 

Tarikh  25 November 2019 (Isnin)

 

Masa  9.00 pagi 

 

Tempat Bilik Mesyuarat, Aras 1, Bahagian Bekalan Air, Blok E4/5, Kompleks Kerajaan Parcel E, 62668 Putrajaya.


 

Syarat-syarat Am, Arahan dan Maklumat lanjut mengenai pelawaan ini adalah dijelaskan di dalam Dokumen Pelawaan dan boleh dibeli daripada kaunter/pejabat Agensi di SEKSYEN PENTADBIRAN & KEWANGAN, BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI, ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, 62668 PUTRAJAYA bermula pada 25 November 2019 hingga 29 November 2019. 

 

 

Dokumen Pelawaan dijual dengan harga RM70.00 (Ringgit Malaysia : Tujuh Puluh Sahaja) bagi setiap satu (1) set. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Deraf dari institusi Bank yang diiktiraf Malaysia atas nama Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berasingan yang berlakri dan ditandakan "Cadangan Teknikal" dan "Cadangan Kos" di sebelah kiri setiap sampul surat berkenaan dan dialamatkan kepada Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Sila tuliskan nama projek bagi kedua-dua sampul surat berkenaan. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat seperti di bawah: 

 

 

Tempat serahan dokumen: BAHAGIAN BEKALAN AIR,

                                           KEMENTERIAN AIR, TANAH, DAN SUMBER ASLI,

                                          ARAS 1, BLOK E4/5, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,

                                         62668 PUTRAJAYA. 

 

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari mengikut tarikh tutup tender yang telah ditetapkan di atas. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan kos yang lewat diterima TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.