Asklegal

Tender | Services

Jabatan Kerja Raya - Staff Quarters For Health of the federal province of Labuan


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-


Pejabat yang memanggil tender

Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia


Tajuk Projek

KUARTERS KAKITANGAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (TENDER SEMULA)


 

Taraf/ Jenis Syarikat*

Bumiputera/T1


 

Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk 1 & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub kepala

 

CIDB Dalam Gred G7, Kategori B, Pengkhususan B01, B04

 

ATAU

 

PUKONSA Dalam Kelas A, Tajuk II, Tajuk Kecil 2(b), 4

 

ATAU

 

UPKJ Dalam Kelas A, Kepala II, Sub-Kepala 2(a), 2(b)


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah,

Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

28 November 2019 (Khamis)) hingga 5 Disember 2019 (Khamis)


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM 1320.00.  Akauntan Negara Malaysia-KKR-T


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan Tingkat Bawah,

Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur

 

19 Disember 2019 (Khamis) 12.00 tengah hari


 

TAKLIMAT TENDER DAN LAWATAN TAPAK adalah DIWAJIBKAN pada 21 November 2019 (KHAMIS)

Masa : 9.30 pagi. Tempat berkumpul : Bilik Gerakan JKR W.P Labuan 

Nota : Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang DIWAJIBKAN, hanya penama yang tercatat di dalam Sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan

menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Akauntan Negara Malaysia-KKR-T. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan). 

 

* Jenis Syarikat Tempatan :

 

T1 - Syarikat tempatan yang 100% milik warganegara tempatan.

A1 - Syarikat tempatan yang mempunyai ekuiti sekurang-kurangnya 70% milik warganegara tempatan; ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh warganegara dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% warganegara tempatan. 

A2. - Syarikat tempatan yang mempuyai pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70% milik warganegara tempatan; syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL; ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL ataupun tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara tempatan.