Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Design

Majlis Amanah Rakyat - Services For Training Materials & Studies


1.Tawaran adalah dipelawa kepada pembekal Bumiputera yang berpengalaman, berkelayakan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:


TENDER KALI KETIGA CADANGAN KERJA-KERJA MEREKABENTUK, MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJITERIMA, MENGUJILARI, MELATIH DAN MENTAULIAH PERALATAN LATIHAN DAN PEMBELAJARAN BAGI TUJUAN PENTAULIAHAN SURUHANJAYA TENAGA (ST) SEBAGAI PUSAT LATIHAN BERTAULIAH KEKOMPETENAN PENJAGA JENTERA VOLTANTINGGI SEPENUH DAN SEPARUH MASA DAN KERJA-KERJA BERKAITAN FASA KETIGA (3) DI INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.


 

NO.TENDER 

73/2019


KOD BIDANG

 130101 atau 130102


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN

12/11/2019 Hingga 26/11/2019


TARIKH, MASA & TEMPAT TAKLIMAT TENDER

27/11/2019 Pendaftaran : 10.00 Pagi  

 

INSTITUT KEMAHIRAN MARA SEBERANG PERAI UTARA,

Lot 398, Jalan Ara Kuda, 13300 Seberang Perai Utara, Pulau Pinang 


HARGA SENASKHAH DOKUMEN

RM 125.85


 TARIKH TUTUP TENDER 

18/12/2019  

(Sebelum 12.00 tengah hari)


 

2.Pembekal-pembekal Bumiputera hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen..

i) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

ii) SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

 

Satu (1) salinan sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan MARA semasa sesi taklimat dan membeli dokumen. Pembekal hendaklah membawa cop syarikat semasa menghadiri Taklimat Tender. MARA berhak menolak permohonan yang pada tanggapan MARA tidak layak.

 

3.Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara DRAF BANK/WANG POS / KIRIMAN WANG atas nama MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA). Wang ini tidak akan dikembalikan. Satu (1) pembekal hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

4. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat (8.30 pagi - 4.30 petang) di alamat seperti di bawah. Dokumen tawaran tidak akan dijual selepas tempoh ini.

 

5.Pembekal yang berminat DIWAJIBKAN menghadiri taklimat tender seperti alamat di atas. WAKIL SYARIKAT adalah TIDAK DIBENARKAN untuk menghadiri taklimat tender dan membeli dokumen. Hanya PEMILIK SYARIKAT / PENAMA YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak dan pengambilan dokumen dengan mengemukakan KAD PENGENALAN dan SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dan SIJIL PERAKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA untuk pengesahan. Tawaran dianggap sebagai tidak sah jika pengesahan lawatan tapak dan taklimat tender tidak ditandatangani oleh Pegawai Penguasa yang dilantik oleh MARA semasa menghadiri taklimat tender

 

6. Semua kos berkaitan dengan Tawaran Kerja di atas adalah menjadi tanggungjawab pembekal.

 

7.MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. MARA berhak untuk membatalkan atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut.

 

8. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender seperti alamat di bawah:


PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN ASET & PEROLEHAN TINGKAT 2 (KAUNTER TENDER) LOT 3.15, IBU PEJABAT MARA,

JALAN MARA, 50609 KUALA LUMPUR.

Sebelum atau pada tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari


 

9. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima dan ditolak. Maklumat ringkas tawaran di atas boleh dilayari di http://www.mara.gov.my