Tender | Supply Tender | Installation Tender | Services Tender | Government
Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Services For High-Mast Lights & Damaged Toys
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) atau Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dalam gred atau kod bidang yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut:-
TAJUK
Tender Merekabentuk, Membekal, Memasang, Menguji Dan Mentauliah Lampu"High-Mast" Di Taman Belia, Jalan Dato Keramat, Jalan Air Itam Dan Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang
KELAYAKAN
CIDB: Gred G2 Pengkhususan ME E04 dan E16 dan Borang - Q, Suruhanjaya Tenaga Kelas A atau B atau C
sahaja (Pemilik syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender)
Taklimat : 18.11.2019 (Isnin); Jam : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian M & E,Jalan Gurdwara.
Harga Dokumen : RM50.00 senaskah
Tarikh Tutup : 9.12.2019 (Isnin), Jam : 12.00 tengahari
TAJUK
Membekal, Memasang Baru Serta Menggantikan Alat Permainan Yang Rosak Di Tanah Lapang Majlis Bandaraya Pulau Pinang
KELAYAKAN
KKM: 030501 atau 030599 (Syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen tender)
Taklimat : 18.11.2019 (Isnin), Jam : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Informasi, Taman Bandaraya
Harga Dokumen : RM50.00 senaskah Tarikh Tutup: 9.12.2019 (Isnin), Jam :12.00 tengahari
2. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian.
3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima.
4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.