Asklegal

Tender | Supply Tender | Installation Tender | Delivery Tender | Services Tender | Government

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia - Services For Automatic Finger Joint Heavy Duty


Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) di bawah kod bidang yang dinyatakan yang masih berkuat kuasa dan dibenarkan membuat tawaran. Butir-butir tawaran adalah seperti berikut:-


 

NO. TENDER

MTIB/T/004/2019


TAJUK TENDER

TENDER BAGI MEMBEKAL,  MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA (DALAM TEMPOH JAMINAN) MESIN AUTOMATIC FINGER JOINT HEAVY DUTY DI BAWAH PROJEK PENINGKATAN KAPASITI PENGELUARAN  DI KILANG KERJA KAYU SME BUMIPUTERA UNTUK LEMBAGA PERINDUSTRIAN  KAYU MALAYSIA (MTIB)

 


KOD BIDANG

130101


TAKLIMAT TENDER

 

Tarikh: 14 November 2019 (Khamis) 

 

Pendaftaran: Jam 9.30 Pagi 

 

Taklimat: Jam 10.30 Pagi  

 

Tempat:

Bilik Mesyuarat Cengal, Tingkat 9, Menara PGRM 2,No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras,

56100 KUALA LUMPUR.


 

TARIKH TUTUP  TENDER   

 

12 Disember 2019 (Khamis) (Jam 12.00 Tengah Hari) 


 

1. Taklimat tender adalah DIWAJIBKAN. Hanya syarikat yang menghadiri taklimat tender di atas sahaja layak untuk menyertai tender ini. 

 

2. Syarikat diwajibkan membawa salinan asal seperti sijil pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan berserta Kod Bidang dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada) semasa menghadiri taklimat tender. 

 

3. Syarikat dikehendaki untuk mengemukakan satu (1) salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Dengan Kementerian Kewangan (tidak akan dikembalikan) semasa sesi pendaftaran bagi taklimat tender untuk pengesahan kehadiran. 

 

4.HANYA PENAMA DALAM SIJIL PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN SAHAJA_dibenarkan menghadiri taklimat tender dan hanya dua (2) wakil yang sah sahaja yang dibenarkan untuk menyertai sesi taklimat ini. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dibenarkan dalam sijil. 

 

5. Dokumen Tender boleh dibeli dengan harga RM50.00 (Dokumen Tender dalam bentuk CD) pada waktu pejabat mulai 14 November 2019 (Khamis) di Ibu Pejabat Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Tingkat 16, Menara PGRM, No. 8, Jalan Pudu Ulu Cheras, 56100 Kuala Lumpur dengan dikenakan bayaran seperti di atas dalam bentuk Draf Bank/ Kiriman Wang/ Wang Pos di atas nama LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA. Bayaran ini pembayaran secara tunai atau cek tidak akan diterima. HANYA SYARIKAT YANG MENGHADIRI TAKLIMAT TENDER SAHAJA LAYAK UNTUK MEMBELI DOKUMEN TENDER. 

 

6. Naskhah Meja Tender akan dipamerkan di alamat seperti di atas pada waktu pejabat seperti yang dinyatakan. 

 

7. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul surat No. Tender dan Jenis Perkhidmatan dan Pembekalan berkaitan serta dimasukkan ke dalam Peti Tender beralamat:

 

KETUA PENGARAH 

LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

TINGKAT 16, MENARA PGRM, NO. 8, JALAN PUDU ULU, CHERAS,

56100 KUALA LUMPUR.

 

8. Tarikh tutup tender tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada 12 Disember 2019 (Khamis). 

 

9. Iklan tender ini juga boleh dirujuk di Portal Korporat MTIB di www.mtib.gov.my 

 

10. MTIB tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.