Asklegal

Tender | Construction

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah - Suggested Building And Complete 14 Food Stall


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod dan bidang pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berkaitan:

 


BUTIR-BUTIR TAWARAN

Cadangan Membina Dan Menyiapkan 14 Unit Gerai Makan Di Taman Cheng Baru, Cheng, Melaka.

 

No. Rujukan: MBMB/JK/00003/ 201 (G)

 


HARGA DOKUMEN TAWARAN

RM 250.00 (Tidak akan dikembalikan)


 

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

 

Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 6, Bangunan Teknikal Graha Makmur, No. 1 Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh 75450 Melaka.

 

Selasa, 12 November 2019  hingga Isnin, 2 Disember 2019 pada waktu pejabat. 


SYARAT PENDAFTARAN

 

Gred G4 Kategori B Pengkhususan B04

 


 

TARIKH DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK

 

12 November 2019  Jam 9.30 pagi  

Berkumpul di Ruang Legar Auditorium Bangunan Teknikal Graha Makmur 

Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN 

Hanya penama yang tercatat di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak. Kontraktor / syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripada penama.

 


TARIKH TENDER DITUTUP

 

Selasa, 3 Disember 2019 pada jam 12.00 tengah hari. 

 

Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan.


Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Aras 6, Bangunan Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka pada waktu pejabat bermula 12 November 2019. Bayaran Dokumen Tawaran hendaklah di buat dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (bayaran ini tidak akan dikembalikan). Kontraktor dikehendaki membawa Perakuan Sijil Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan satu salinan semasa membeli dokumen tender. Pihak tuan boleh melayari laman web MBMB di www.mbmb.gov.my untuk melihat kenyataan tender ini.

 

Dokumen Tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan hendaklah dihantar secara serahan tangan dan dimasukkan ke dalam peti Tender di alamat :

 

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH,

Kaunter Ukur Bahan Dan Kontrak, Aras 6, Bangunan Teknikal Graha Makmur, No. 1, Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.