Asklegal

Tender | Construction

JKP Sdn Bhd - Proposed Building and Completing Phase 8


1. Tender adalah dipelawa seperti yang berikut:


 

Tajuk/Butiran Tender 

Cadangan Membina dan Menyiapkan Fasa 8: 

 i) 08 Unit Kedai/Pejabat 2 Tingkat (Plot 1-8) (Lot HSD 43598-43605)

 ii) 01 Unit Tapak Penjaja 1 Tingkat (Plot 265)(Lot HSD  43862),

Jalan Permatang Tok Mahat, Mukim 9, Daerah Seberang  Perai Selatan, Pulau Pinang. Untuk Tetuan: JKP Sdn Bhd

 


Kelayakan Petender 

a. CIDB di bawah Gred Kerja G4 & G5.

b. Mempunyai Sijil SPKK

c. Pengkhususan Di Dalam Bidang CE 21 & B 04.

d. Mempunyai Sijil  Pengiktirafan Taraf  Bumiputera Yang Dikeluarkan Oleh PKK


Harga Dokumen 

RM1,000.00  Boleh dibeli mulai  11hb. November 2019 hingga 28hb. November,2019.


Wang Kesungguhan (Earnest Money)   

 

 RM3,000.00   (Ringgit  Malaysia: Tiga  Ribu Sahaja)


Tarikh Tutup

29hb. November, 2019 

Tender yang diterima selepas 12:00 Tengahari tidak akan dipertimbangkan


 

2. Dokumen tender boleh didapati di:

 

JKP Sdn. Bhd.

Tingkat 13, No. 128,

Menara JKP, Jalan Macalister,

10400 Pulau Pinang.

 

pada waktu berikut : Isnin - Khamis :9 pg hingga 1 ptg 2 ptg hingga 4 ptg 

 

Jumaat :9 pg hingga 12 tghari 3 ptg hingga 4 ptg

 

3. Dokumen Meja Tender boleh disemak di Pejabat JKPSB semasa waktu pejabat dari 8hb. November, 2019 hingga . 28hb. November, 2019. 

 

4. Pentender mesti membawa surat PENDAFTARAN ASAL (ORIGINAL) CIDB, SPKK dan Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputera yang masih dalam tempoh sahlaku serta sesalinan untuk simpanan Pejabat JKP Sdn. Bhd. bagi mendapatkan Dokumen Tender. 

 

5. Bayaran hendaklah dibuat dengan dalam bentuk Money Order/ Postal Order atau Bank Deraf berpalang atas nama "JKP Sdn. Bhd.” Pembayaran secara wang tunai tidak akan diterima. Bayaran dokumen tender tidak akan dikembalikan kepada pentender. 

 

6. Dokumen Tender yang telah siap mesti dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda Tajuk Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di Pejabat JKP Sdn. Bhd. pada tarikh dan waktu yang dinyatakan dalam jadual. 

 

7. Semasa mengembalikan Dokumen Tender, pentender dikehendaki mengemukakan bayaran sebanyak RM3,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ribu Sahaja) sebagai Wang Kesungguhan (Earnest Money) dalam bentuk Money Order/ Postal Order atau Bank Deraf berpalang atas nama “ JKP Sdn. Bhd.” Pembayaran secara wang tunai tidak akan diterima. Bayaran Wang Kesungguhan (Earnest Money) hanya akan dikembalikan kepada pentender bona-fide yang gagal setelah pentender mengembalikan Dokumen Tender serta mematuhi syarat-syarat tender. 

 

8. Semua Dokumen Wajib/Sokongan hendaklah dimasukan ke dalam satu sampul surat berasingan dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri bersama-sama dengan Dokumen Tender. 

 

9. Pihak JKP Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau sebarang tawaran atau memberi apa-apa sebab sesuatu tender itu ditolak dan juga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan berhubung dengan tender ini dan sebarang keputusan adalah muktamad.