Asklegal

Tender | Services

Lembaga Minyak Sawit Malaysla - Disposal Of Pilot Plant


Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli peralatan Loji Rintis sepertimana keadaan peralatan berkenaan seperti berikut:-


BIL. 1

NOMBOR, TAJUK TENDER DAN PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 

MPOB(T/L)32/19

PELUPUSAN LOJI RINTIS PENGGORENGAN, BAHAGIAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PRODUK DAN KHIDMAT NASIHAT, LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB)

 

EN. AHMAD TARMIZI ISLAHUDIN TEL.: 603-8769 4645


 

BIL. 2

NOMBOR, TAJUK TENDER DAN PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

 

MPOB(T/L)33/19 

PELUPUSAN LOJI RINTIS VITAMIN E,

BAHAGIAN KEJURUTERAAN DAN PEMPROSESAN, LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) 

 

EN. AHMAD TARMIZI ISLAHUDIN TEL.: 603-8769 4645

 


HARGA DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

 

Harga Dokumen: RM50.00 Senaskhah (Tidak dikembalikan) 

Tempat Dokumen Dijual:

Seksyen Pengurusan Perolehan, Unit Kewangan dan Perolehan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,

Ibu Pejabat MPOB, No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Tel.: 603-8769 4400


 

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN

 

Tarikh: 13 November 2019 (Rabu)

 

Masa: 

Dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang.

 

Tempat: Ibu Pejabat MPOB, No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor

Tel.: 603-8769 4400


1. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat secara draf bank atas nama Lembaga Minyak -Sawit Malaysia mulai 13 November 2019 (Rabu), di tempat seperti jadual di atas. 

 

2. Petender boleh membuat lawatan pemeriksaan peralatan loji rintis pada 13 November 2019 (Rabu) seperti jadual di atas. 

 

3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul dan dimeteri serta ditulis Nombor dan Tajuk Tender di sudut atas sebelah kiri sampul. Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender pada atau sebelum tarikh tutup tender di alamat: Peti Tender, Unit Kewangan & Perolehan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran, Ibu Pejabat MPOB, No.6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor. 

 

4. Tarikh tutup tender adalah pada 5 Disember 2019 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa tutup yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.