Asklegal

Tender | Services

Perbadanan Putrajaya - Supervisory Control & Data Acquisition


CADANGAN UNTUK MENYELENGGARA PERALATAN SISTEM PENGAWASAN KUALITI AIR SECARA TELEMETRI - SUPERVISORY CONTROL AND DATA ACQUISITION (SCADA) UNTUK LIMA (5) BUAH STESEN PENGAWASAN SEDIA ADA TASIK PUTRAJAYA

(NO. TENDER : PPJ/T/JR/35/2019)


 

1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor/Syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi melaksanakan perkhidmatan seperti di bawah. 

2. Maklumat tender serta kelayakan asas Kontraktor/Syarikat adalah seperti berikut:

 


SYARAT PENDAFTARAN

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan 

 

Kod Bidang 100101 (Semua Peralatan Sukatan/Ukuran) Atau 060502 (Peralatan Makmal, Pengukuran, Pencerapan Dan Sukatan) Dan Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia untuk taraf Bumiputera

 


TARIKH & TEMPAT TAKLIMAT/LAWATAN TAPAK 

 

12 November 2019 (Selasa) 10.00 pagi 

Bilik Cemara,Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


TARIKH & TEMPAT DOKUMEN MULA DIJUAL

 

12 November 2019 (Selasa) Sehingga  26 November 2019 (Selasa) Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C,  Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3,  62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya

 


HARGA DOKUMEN, BENTUK BAYARAN & BAYARAN ATAS NAMA

 

Ringgit Malaysia RM300.00 (Tidak Dikembalikan)  Tunai/Draf Bank   Perbadanan Putrajaya

 


TARIKH, WAKTU & TEMPAT TENDER DITUTUP

 

4 Disember 2019 (Rabu) 12.00 tengah hari 

 

Bahagian Perolehan & Ukur Bahan, Aras 1, Blok C, Jabatan Kewangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya


 

3. Kontraktor/Syarikat juga mesti memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut: - Mempunyai pengalaman dan pernah menyiapkan kerja-kerja serupa bernilai sekurang kurangnya RM250,000.00 bagi satu (1) kontrak dalam tempoh 5 tahun terdahulu. 

 

4. Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat tersebut pada waktu pejabat. 

 

5.Taklimat tender yang disusuli lawatan tapak akan diadakan pada jam 10.00 pagi, 12 November 2019 bersamaan hari Selasa di Bilik Cemara, Aras 5, Blok C, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 24, Persiaran Perdana, Presint 3, 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kehadiran PEMILIK SYARIKAT (SEBAGAIMANA NAMA DALAM SIJIL SSM/BORANG 9,24&49) adalah DIWAJIBKAN (Sila bawa bersama Sijil Asal dan Cop Syarikat) dan Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada Kontraktor yang menghadiri taklimat tersebut. 

 

6. Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Kontraktor/Syarikat yang sah sahaja di mana wakil-wakil Kontraktor/Syarikat adalah DIWAJIBKAN untuk membawa surat perwakilan kuasa yang ditandatangani oleh pemilik syarikat. Wakil-wakil Kontraktor/Syarikat juga hendaklah membawa dokumen dokumen asal dan satu (1) salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia. 

 

7. Dokumen Tender ini akan ditutup pada 4 Disember 2019 bersamaan hari Rabu jam 12.00 tengah hari. Dokumen Tender yang dilengkapkan dan dimasukkan ke dalam sampul berlakri serta bertanda dengan tajuk projek, hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang dikhaskan di tempat dan sebelum waktu yang ditetapkan seperti di atas. 

 

8. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan tender ini. Pembayaran secara cek persendirian untuk Dokumen Tender tidak akan diterima. Bayaran Dokumen Tender tidak akan dikembalikan. 


KENYATAAN INI JUGA TERDAPAT DI LAMAN WEB PERBADANAN PUTRAJAYA DI ALAMAT:

www.ppj.gov.my