Asklegal

Tender | Maintenance

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor - Desilting & Related Works


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputera yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM/CIDB) dalam Gred Kategori dan Pengkhususan yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

 


BUTIR-BUTIR TAWARAN

Tajuk Projek

CADANGAN KERJA-KERJA 'DESILTING', SELENGGARA RUMPUT DAN KERJA-KERJA BERKAITAN UNTUK KOLAM TADAHAN 3 DI FASA 2, LAMAN 1,BERNAM JAYA, SELANGOR

 

No. Kontrak

PKNS/WT/ZON B - KON 1/2018


SYARAT PENDAFTARAN

CIDB: Gred G5

 

Kategori CE  Pengkhususan CE06 & CE21


 

TEMPAT DAN TARIKH DOKUMEN DIJUAL

Bahagian Perolehan  Tingkat 3, Kompleks PKNS Shah Alam, Persiaran Tasik,  Shah Alam

 

Pada:  12 NOVEMBER 2019  HINGGA  26 NOVEMBER 2019

 

Jam: 9.00 Pagi - 4.00 Petang


TARIKH TENDER  DITUTUP 

03 DISEMBER  2019  Jam 12.00 Tengahari


 

 

1. Keutamaan diberikan sekiranya petender / syarikat memiliki pensijilan dan pengalaman kerja seperti yang disenaraikan di bawah :

i) Sistem Pengurusan Kualiti (MS ISO 9001:2008) 

ii) Amalan kerja yang berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:2007)

iii) Pengurusan Alam Sekitar (ISO 14001:2004) 

(Salinan sijil atau apa jua bukti hendaklah dikemukakan bersama dokumen tender / tawaran) 

 

2.LAWATAN TAPAK akan diadakan pada 11 NOVEMBER 2019 (ISNIN) jam 10.00 PAGI bertempat di KOLAM TADAHAN 3 DI FASA 2, LAMAN 1, BERNAM JAYA, SELANGOR Kehadiran adalah DIWAJIBKAN, hanya kontraktor yang hadir sahaja layak membeli tender. ** Wakil Syarikat perlulah dari kalangan yang berkelayakan seperti Pengurus Projek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Yang Berkenaan 

3. Bayaran Dokumen Tawaran adalah RM250.00 dan hendaklah dibuat dalam bentuk Tunai, Draf Bank atau Kiriman Wang di atas nama PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (bayaran ini tidak akan dikembalikan). 

 

4. Naskah Dokumen Meja Tawaran boleh disemak di Bahagian Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor pada waktu pejabat bermula 12 NOVEMBER 2019. 

 

5. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil yang sah sahaja. Sekiranya pihak Kontraktor ingin menghantar wakil, sila bawa bersama surat perwakilan kuasa. Kontraktor dikehendaki membawa SURAT PERWAKILAN KUASA, DOKUMEN ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR DAN SIJIL PEROLEHAN KERJA KERAJAAN (SPKK) DARI LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB), SIJIL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (PKK) dan WAJIB membawa SATU

SALINAN bagi setiap Sijil-Sijil tersebut semasa membeli dokumen tender. 

 

6. Petender dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Senarai Semak dan Perakuan Tender di dalam Dokumen

Tender dan memahami kehendak Dokumen Tender sebelum mengemukakan Dokumen Tender. 

 

7. Dokumen Tawaran Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermeteri dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat:

 

BAHAGIAN PEROLEHAN 

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR 

TINGKAT 3, KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM, PERSIARAN TASIK

40505 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel: 03-5525 0300

http://etender.pkns.gov.my 

 

8. Tender yang diterima selepas tarikh dan waktu tutup tidak akan dilayan. Perbadanan tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran lain.