Asklegal

Tender | Construction Tender | Design

Perbadanan  Memajukan  Iktisad Negeri  Terengganu (PMINT) - A Sewage Treatment Plant


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :


 

Pejabat Yang Memanggil Tawaran

 

Perbadanan  Memajukan  Iktisad Negeri  Terengganu (PMINT)

 


Tajuk  Projek

Cadangan Merancang,  Merekabentuk,  Membina, Menyiapkan, Menguji, Mentauliah dan Menyelenggara Sebuah Loji Rawatan kumbahan Berkapasiti 550 PE Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Atas Lot 51772 Di Perumahan kampung Chabang, Mukim Kerteh ,Daerah kemaman, Terengganu.

 

(PMINT:TR/TENDER/11/2019)


Taraf / jenis Syarikat*

Bumiputera T1


Gred, Kategori & Pengkhususan /Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas,Kepala & Sub-Kepala

 

CIDB GRED : G3

 

Kategori: B & CE

 

Pengkhususan : B04, CE 19 & 21

 

SPAN: GRED C3


 

Tempat  Dan Tarikh Dokumen Mula Dijual 

 

Bahagian Pengurusan Kontrak PMINT, Tingkat 11, Menara PMINT, Jalan  Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu 

 

7 November 2019 (Khamis) Hingga 21 November 2019 (Khamis) 


Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama

 

RM 150.00  Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. 


Tarikh,Tempat Waktu Taklimat Tender Dan Lawatan Tapak

 

Taklimat Tender diadakan  di Dewan Besar, Tingkat 3, Menara  PMINT, Jalan 

Sultan Ismail,  20200 Kuala Terengganu

 

6 November 2019 (Rabu)  

 

 Waktu Pendaftaran

Jam : 2.00 - 3.00 Petang

(Sebarang kelewatan tidak diterima)

 

 

Lawatan Tapak diadakan di tapak projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan 20 Unit Rumah Berkembar Setingkat Di Kampung Chabang,Mukim Kerteh, Daerah Kemaman, Terengganu .  (Koordinat GPS: 4.4840856, 103.4334962)

 

7 November 2019 (Khamis) 

 

Waktu Pendaftaran

Jam : 10.00 - 11.00 Pagi

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan


Tempat, Tarikh Dan  Tender Tutup

 

Bahagian Pengurusan Kontrak perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,Tingkat 11, Menara PMINT, Jalan  Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu 

 

28 November 2019 (Khamis)  Jam : 12.00 Tengah Hari 


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat dalam sijil PPK dan SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK dan SPKK

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Sijil SPAN serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.

 

* Jenis Syarikat Tempatan : 

T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan.

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang

diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.