Asklegal

Tender | Supply Tender | Delivery

FELDA - Supply Of Fertilisers


 

Tawaran adalah dipelawa kepada Pembekal Utama yang berdaftar dengan FELDA melalui Sistem Informasi Kontraktor (E-IKOF), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan yang mempunyai kilang pemprosesan sendiri sahaja serta berpengalaman untuk memasuki tender bagi kerja-kerja berikut:-

 


 

SYARAT PENDAFTARAN :

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) KOD BIDANG - 070101 Baja Dan Nutrien Tumbuhan (organik/bukan organik)

HARGA BORANG SENASKAH : RM150.00

JENIS KERJA

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR BAJA KE RANCANGAN-RANCANGAN YANG DIURUSKAN OLEH FELDA UNTUK TEMPOH SATU (1) TAHUN BERMULA DARIPADA 01 JANUARI 2020 SEHINGGA 31 DISEMBER 2020


NO. TAWARAN     JENIS BAJA

PF 42/19               BAJA TUNGGAL

PF 43/19               BAJA CAMPURAN

PF 44/19               BAJA SEBATIAN


BORANG SAMPEL BAJA (DOKUMEN NO. 4/APPENDIX B) DAN BORANG SPESIFIKASI BAJA (DOKUMEN NO. 5 APPENDIX C) BOLEH DIMUAT TURUN DI LAMAN SESAWANG RASMI FELDA (www.felda.net.my) DI RUANGAN TENDER/SEBUT HARGA.

TENDER INI MENSYARATKAN PETENDER HENDAKLAH MENGISI BORANG SAMPEL BAJA DAN MENYERTAKAN DUA (2) SET SAMPEL BAGI SETIAP JENIS BAJA/FORMULASI @ 250g/SAMPEL SEMASA DOKUMEN TENDER INI DIBELI. DOKUMEN TENDER INI TIDAK AKAN DIJUAL TANPA BORANG SAMPEL BAJA (DOKUMEN NO. 4/APPENDIX B) DAN SAMPEL BAJA DARI PEMBEKAL.

 

Dokumen Tender boleh dibeli di Kaunter Jualan Tender, Tingkat 32, Menara FELDA, Platinum Park, No.11 Persiaran KLCC, 50088, Kuala Lumpur pada waktu pejabat bermula 04 November 2019 (Isnin). Bayaran Dokumen Tender hendaklah dibuat hanya dalam bentuk Draf Bank atau Kiriman Wang atas nama FELDA (BAYARAN INI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN). 

 

Dokumen Tender hanya dijual kepada pembekal yang menunjukkan Sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki berserta satu salinan sijil-sijil tersebut (E-IKOF/MOF/SSM). Dokumen Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bermateri dan di alamatkan kepada:-

 

 

PENGARAH BESAR FELDA 

MENARA FELDA, PLATINUM PARK 

KAUNTER JUALAN TENDER, TINGKAT 32

NO.11, PERSIARAN KLCC

50088 KUALA LUMPUR 

 

Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum/pada 25 November 2019 (Isnin), jam 12.00 tengah hari. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DILAYAN.