Asklegal

Tender | Supply

YP Plantation Holdings Sdn Bhd - Supply Fertilisers To Farms


1. Tawaran adalah dipelawa daripada Pembekal-Pembekal yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender berikut:-


 

No. Tender/Tajuk

 

YPPH/BAJA/01/2020 - Tender Membekal Baja ke Ladang-Ladang Milik YP Plantation Holdings Sdn Bhd Bagi Tahun 2020


Tarikh Tutup Tender

14 November 2019 (Khamis)


 

Syarat Kelayakan

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan  Kod -070101 (Baja dan Nutrien Tumbuhan) atau Pembekal-Pembekal Baja berdaftar dengan YP Plantation Holdings Sdn Bhd


 

2. Dokumen Tender boleh dibeli di YP Plantation Holdings Sdn Bhd pada waktu pejabat mulai 4 November 2019 (Isnin). Dokumen Tender berharga RM200.00 senaskah boleh dibeli secara Tunai/Bank Deraf atas nama “YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD" di alamat di bawah (Bayaran Ini Tidak Akan Dikembalikan).

 

3. Dokumen Tender hanya dijual kepada pembekal-pembekal yang menunjukkan Sijil-sijil Asal Pendaftaran yang dikehendaki beserta satu salinan sijil-sijil tersebut.

 

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan kedalam PETI TENDER sebelum atau pada jam 3.00 petang, 14 November 2019 (Khamis) di alamat seperti di bawah. TENDER YANG LEWAT DARI TARIKH DAN MASA DITETAPKAN TIDAK AKAN DITERIMA. Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan.

 

YP PLANTATION HOLDINGS SDN BHD 

Tingkat 4, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur

26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur 

Tel : 09-5341100/5341064 Faks : 09-5341133

 

5. YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tender. Semua perbelanjaan bersabit dengan tender ini adalah tanggungan pembekal sendiri.