Asklegal

Tender | Supply Tender | Services

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd - Canteen Management & Cooked Food Supplies


Tawaran Tender adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal yang berpengalaman dari seluruh Negeri Perlis dan Kedah yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Kod Bidang yang berkaitan dan masih sah tempoh laku bagi menyertai pembekalan berikut: 

 


 

Tajuk Tender & No. Tender

a) No. Tender: 

 ABMU/KANTIN/01/2020

 

Tender Menguruskan Kantin dan Membekal Makanan Bermasak Islam di Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd


Kod Bidang/Kelayakan

040103


Tarikh. Masa & Tempat Taklimat Tender

 

Tarikh: 7hb November 2019 (Khamis)

 

Masa:  10.00 pagi

 

Tempat: Bilik Seminar Perak Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok - Padang Sanai, Mukim Temin, Sintok, Kedah

 


Harga  Dokumen  Bayaran atas Nama & Kaedah Bayaran 

 

Harga  Dokumen: RM400.00 senaskah 

 

Bayaran atas nama: 

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd 

 


Tarikh & Masa Tender Ditutup 

Tarikh: 21 November   2019 (Khamis) 

 

Masa: 

12.00 tengah  hari 

 

Dokumen tender yang lewat  dihantar tidak akan diterima


 

1. Dokumen Tender hanya akan dijual kepada pembekal yang menghadiri Taklimat Tender sahaja. Hanya penama yang ada di dalam Sijil Pendaftaran MOF sahaja akan dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak. Pembekal adalah DIWAJIBKAN membawa perkara berikut bagi menghadiri sesi taklimat dan pembelian dokumen tender:

i) Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia

ii) Cop syarikat yang mengandungi alamat lengkap

 

Satu salinan hendaklah diserahkan kepada pejabat semasa pembelian dokumen tender. 

 

2. Harga bagi setiap satu (1) naskah Dokumen Tender adalah seperti di atas. Bayaran hendaklah dibuat secara bayaran tunai atau dengan menggunakan Tunai/Wang Pos/Bank Deraf atas nama Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd 

 

3.Dokumen Tender akan mula dijual pada 7hb November 2019 sehingga 12hb November 2019 (pada waktu pejabat, 9.00 pagi - 4.00 petang) di Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd, Lot 2991 & 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai, Mukim Temin, 06010, Sintok, UUM, Kedah. 

 

4.Dokumen Tender hendaklah dimasukkan ke dalam sampul berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam peti Tender yang ditempatkan di :

AKADEMI BINAAN MALAYSIA (UTARA) SDN BHD

Lot 2991-& 2992, Jalan Sintok-Padang Sanai, Mukim Temin, 06010, UUM, Sintok, Kedah. 

 

5. Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender. Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd juga tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kehilangan dokumen tender yang dikemukakan melalui pos.