Asklegal

Tender | Maintenance

Jabatan Kerja Raya - Upgrade Quarters Works


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran

JKR Perak Darul Ridzuan


 

Tajuk Projek Pembiayaan

 

KERJA-KERJA MENAIKTARAF KUARTERS JABATAN PERTANIAN TITI GANTUNG,MUKIM BOTA,DAERAH PERAK TENGAH,PERAK DARUL RIDZUAN


Taraf/ Jenis Syarikat*

Bumiputera T1


Gred, Kategori & Pengkhususan

Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)

Gred G3

Kategori :B

Pengkhususan : B04 & B28


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

 

7.11.2019 (Khamis) hingga 21.11.2019 (Khamis)


Harga Dokumen  & Bayaran Atas Nama

 

RM250.00

 

Pengarah Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

28.11.2019 (Selasa) Jam 12.00 tengahari


Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Berkumpul di Pejabat JKR Lenggong, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan pada 5.11.2019 (Selasa) jam 10.00 pagi.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Negeri Perak. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

* Jenis Syarikat Tempatan :

T1 - Syarikat 100% milik tempatan. 

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.