Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Kerja Raya - To Complete Delayed Bridge Project


Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor yang mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya (KKR) dan berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:-


Pejabat yang memanggil tawaran

JKR Perak Darul Ridzuan


 

Tajuk Projek Pembiayaan

 

Menyiapkan Kerja-kerja Terbengkalai Bagi Projek Membina Jambatan baru Di Kg. Sawa Dan Kerja-kerja Yang berkaitan, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan (Pasca Banjir)


Taraf/ Jenis Syarikat*

Terbuka T1


Gred, Kategori & Pengkhususan

 

i. Mempunyai Sijil Kontraktor Penyiap Kementerian Kerja Raya (KKR) 

ii. Berdaftar dengan CIDB : Gred G5, G6 dan G7 

iii. Kategori : CE 

iv. Pengkhususan : CE02, CE21


 

Tempat dan Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

 

5.11.2019 (Selasa) hingga 19.11.2019 (Selasa)


Harga Dokumen  & Bayaran Atas Nama

 

RM120.00

 

Pengarah Kerja Raya Negeri Perak


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

 

Ibu Pejabat JKR Perak, Tingkat 1 (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan)

26.11.2019 (Selasa) Jam 12.00 tengahari


Taklimat Projek dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN. Berkumpul di Pejabat JKR Lenggong, Daerah Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan.

pada 5.11.2019 (Selasa) jam 10.00 pagi.


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK, PUKONSA atau UPKJ. 

 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. 

 

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Negeri Perak. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).

 

* Jenis Syarikat Tempatan :

T1 - Syarikat 100% milik tempatan. 

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.