Asklegal

Tender | Services

Lembaga Minyak Sawit Malaysla - Feed Mill For Rent


Tender adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi perkara berikut:-

 


BIL.1


NOMBOR DAN TAJUK TENDER

 

MPOB (T/P) 31/19

 

CADANGAN PENYEWAAN KILANG MAKANAN TERNAKAN (FEED MILL) DI STESEN PENYELIDIKAN MPOB KERATONG PAHANG


HARGA DAN TEMPAT DOKUMEN DIJUAL

RM50.00 Senaskhah

(Tidak dikembalikan) 

 

Seksyen Pengurusan Perolehan,

Unit Kewangan & Perolehan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran,

Ibu Pejabat MPOB, No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang,

Selangor. Tel: 603-8769 4400

atau 

Stesen Penyelidikan MPOB Keratong, Pahang, KM 137, Lebuhraya Segamat - Kuantan, 26900 Bandar Muadzam Shah,

Pahang. Tel: 609-451 2000


TARIKH, TEMPAT SESI TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK

 

Tarikh: 7 November 2019

(Khamis)

Masa: 11.00 pagi

Tempat: Stesen Penyelidikan MPOB Keratong,Pahang, KM 137, Lebuhraya Segamat - Kuantan, 26900 Bandar Muadzam Shah, Pahang. 

Tel: 609-451 2000


1. Dokumen tender boleh dibeli pada waktu pejabat secara bank draf atas nama Lembaga Minyak Sawit Malaysia selepas sesi taklimat dan lawatan tapak seperti jadual di atas. 

2. Salinan Sijil Pendaftaran SSM hendaklah dikemukakan semasa menghadiri sesi taklimat dan membeli dokumen tender. Satu (1) salinan sijil hendaklah diserahkan kepada MPOB untuk simpanan. 

3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul dan dimeteri serta ditulis Nombor dan Tajuk Tender di sudut atas sebelah kiri sampul. Dokumen tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti Tender pada atau sebelum tarikh tutup tender di alamat: Peti Tender, Unit Kewangan & Perolehan, Aras 4, Bangunan Pentadbiran, Ibu Pejabat MPOB, No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor. 

4. Tarikh tutup tender adalah pada 28 November 2019 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa tutup yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.