Asklegal

Tender | Construction

Kerajaan Negeri Terengganu - 100 Unit of Teres House


Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor-Kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut :-

 


 

Pejabat Yang Memanggil Tawaran

 

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)

 


Tajuk  Projek

 

Cadangan  Membina Dan Menyiapkan 100 Unit Rumah Teres Mampu Milik Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Atas Tanah Kerajaan Di Kampung Tempinis, Mukim Kerandang, Daerah Besut, Terengganu 

 

(SUK/PMINT/RMM/ TEMPINIS/3/2019)


Taraf / Jenis Syarikat* 

 

Bumiputera dan Berdaftar di Negeri  Terengganu Sahaja T1


 

Gred, Kategori & Pengkhususan /Kelas,Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kerala & Sub-Kepala

 

CIDB GRED : G7

Kategori: B & CE

 

Pengkhususan: B04 & CE21


Tempat Dan Tarikh Dokumen Mula Dijual

 

Bahagian  Pengurusan  Kontrak PMINT Tingkat 11 Menara PMINT Jalan  Sultan Ismail,

20200 Kuala Terengganu.

 

05 November 2019 (Selasa)  Hingga  19 November 2019  (Selasa) 


 

 Harga Dokumen Dan Bayaran Atas Nama

 

 RM 850.00 Perbadanan Memajukan  Iktisad Negeri   Terengganu


Tarikh, Tempat , Waktu Taklimat Tender Dan Lawatan Tapak

 

Taklimat Tender

diadakan di Dewan Besar,  

Tingkat 3, Menara PMINT,

Jalan Sultan Ismail, 20200 

Kuala Terengganu

 

04 November 2019 (Isnin) 

 

 

Waktu Pendaftaran 

Jam: 2.00 - 3.00 Petang

(Sebarang kelewatan tidak diterima)

 

 

Lawatan Tapak diadakan di tapak cadangan projek  di Kampung Tempinis,  Mukim Kerandang, Daerah Besut, Terengganu (Koordinat 5.6959150, 102.6117400)

 

05 November 2019 (Selasa)

 

Waktu Pendaftaran Jam : 10.00 - 11.00 Pagi (Sebarang kelewatan tidak diterima)

 

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah diwajibkan


Tempat, Tarikh Dan  Waktu Tender Tutup

Bahagian Pengurusan  Kontrak Perbadanan  Memajukan Iktisad  Negeri  Terengganu, 

Tingkat 11,  Menara PMINT, Jalan Sultan Ismail, 20200  Kuala Terengganu

 

26 November   2019 (Selasa)

 

Jam : 12.00 Tengah Hari


Bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat dalam sijil PPK dan SPKK yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan. Kontraktor/Syarikat tidak dibenarkan mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK dan SPKK.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan/ sijil ASAL Perakuan pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (jika berkenaan) berserta satu salinan sijil-sijil tersebut.

 

* Jenis Syarikat Tempatan :

T1 - Syarikat yang 100% milik tempatan. 

A1 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKLyang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 

A2 - Syarikat 100% milik tempatan ATAU syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL ATAU Syarikat Usahasama vana diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.