Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Telekom Malaysia Berhad - Cleaning Services & Landscape Implementation


Petender dari syarikat-syarikat yang berdaftar di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dibawah kod bidang 221002 (Membersih Kawasan) dan 221003 (Mengangkat Sampah); dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) untuk Lesen Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pemungutan bagi Sisa Pepejal Komersil, Perindustrian dan Keinstitusian berkaitan pengurusan Sisa Taman untuk syarikat petender atau syarikat yang dilantik oleh petender adalah dipelawa untuk menyertai Tender di bawah:

 


TAJUK & RUJUKAN

 

TAJUK:-

KERJA-KERJA PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN KAWASAN DAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DI UNIVERSITI MULTIMEDIA, KAMPUS CYBERJAYA & KAMPUS MELAKA

 

 

RUJUKAN: 

CME/2019/T/11/LAND SKAP MMU

 

RFx: 6100000194


 

HARGA DOKUMEN TENDER (*)

 

RM1,000.00

 

(Bayaran tidak akan dikembalikan)

 


TARIKH PENJUALAN DOKUMEN TENDER

 

 

30 OKTOBER 2019 (RABU) hingga 21 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

 


TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK (WAJIB)

 

 

Tarikh : 6 NOVEMBER 2019 (RABU)

 

Masa : 11.00 pagi

 

Tempat: BILIK SEMINAR CCU, PUSAT INFORMASI, UNIVERSITY MULTIMEDIA, JALAN AYER KEROH LAMA, 75450 MELAKA

 

Tarikh : 7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS)

 

Masa : 10.00 pagi

 

Tempat: BILIK MESYUARAT FACILITIES MANAGEMENT DEPARTMENT, MMU CYBERJAYA, PERSIARAN MULTIMEDIA, 63100 CYBERJAYA, SELANGOR

 

Adalah digalakkan wakil teknikal dan komersil daripada pihak petender untuk hadir ke sesi taklimat

 


TARIKH & MASA TUTUP

25 NOVEMBER 2019 (ISNIN) 

 

9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari


PENYERAHAN TENDER

Dokumen Tender yang lengkap hendaklah dilakri dan dihantar dengan serahan tangan ke

 

Bilik Asafa, Telekom Malaysia Berhad, Tingkat 4, Aras Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu, 50672 Kuala Lumpur

 

di antara 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada Tarikh Tutup yang tersebut di atas. Dokumen Tender yang dihantar selepas dari tarikh dan waktu yang dinyatakan tidak akan dilayan. Petender hendaklah menanggung sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Tender ini.


Hanya satu (1) tawaran Tender adalah dibenarkan daripada mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan Petender sepertimana yang termaktub dalam definisi di Akta Syarikat 2016 dan/atau enterprise sepertimana yang termaktub dalam definisi Akta Persaingan 2010. Jika (0) Petender adalah sebahagian daripada syarikat-syarikat yang berkaitan dan syarikat-syarikat berkaitan tersebut adalah sepertimana yang termaktub dalam definasi di Akta Syarikat 2016; dan/atau (ii) Petender dan syarikat-syarikat berkaitan termaktub di dalam definisi "Enterprise" di dalam Akta Persaingan 2010, Petender tidak boleh menyertai dan mengemukakan tawaran Tender yang sama bagi tujuan Tender yang dinyatakan di atas. Sebarang pelanggaran syarat ini boleh mengakibatkan tawaran Tender ditolak atau dibatalkan.