Asklegal

Tender | Maintenance Tender | Services

Majlis Bandaraya Pulau Pinang - Grass Cutting Services, Land Clearing And Road Offering


1. Tender adalah dipelawa daripada syarikat yang berdaftar di Bahagian Pulau, Pulau Pinang dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkenaan yang dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia dan masih dibenarkan untuk menyertai tender seperti berikut :-


TAJUK

Perkhidmatan Pemotongan Rumput, Pembersihan Tanah Lapang Dan Bahu Jalan Pakej 4A (Sungai Ara - Bukit Gedung - Batu Uban (Minden Height) - Seri Delima) Tahun

2020-2022


KELAYAKAN  

KKM  221002 


Taklimat : 4.11.2019 (Isnin), Jam : 10.00 pagi

Waktu Pendaftaran : 9.00 pagi - 9.50 pagi

Tempat : Ruang Legar Stadium Bandaraya, Pulau Pinang 


Harga Dokumen : RM500.00 senaskah


Tarikh Tutup : 25.11.2019 (Isnin), Jam 12.00 tengahari


 

2. Pemilik Syarikat diwajibkan menghadiri taklimat sebelum membeli dokumen Tender. Syarikat juga perlu berdaftar dengan Sistem Perolehan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui laman web ep.penang.gov.my untuk membeli dokumen secara sah bagi menyertai tender. Dokumen Tender hanya dijual secara 'on-line' melalui laman web tersebut dan perlu dibeli serta dimuat turun (download) melalui akaun perolehan masing-masing sebagai pengesahan pembelian. 

 

3. Dokumen tender yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang terletak di bersebelahan Kaunter Penerangan, MBPP, Tingkat 3, KOMTAR sebelum jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup yang berkenaan. Pertimbangan tidak akan diberi kepada tender yang lewat diterima. 

 

4. Maklumat lanjut mengenai tender di atas boleh diperolehi melalui laman web ep.penang.gov.my atau http://www.mbpp.gov.my.