Asklegal

Tender | Construction

University Technical MARA Sdn.Bhd- Additional Recommendations & Changes To Floor


1. Tender adalah dipelawa kepada Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam kelas yang berkaitan bagi kerja berikut:-


BUTIR-BUTIR TAWARAN

Tajuk Kerja: CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN SERTA MENUKAR KEGUNAAN LANTAI DARIPADA RUANG PERNIAGAAN KEPADA RUANG INSTITUSI DAN PEJABAT DI SEBAHAGIAN ARAS 4 DAN ARAS 5 BANGUNAN SEDIADA QUILL CITY MALL DI ATAS LOT 2523, SEKSYEN 41, MUKIM 44, JALAN RAJA ABDULLAH, OFF JALAN SULTAN ISMAIL, KUALA LUMPUR

No Tender: UniKL/CHAN/T/2019/004


HARGA DOKUMEN

 

RM1,000.00 (Tidak akan dikembalikan)


TEMPAT, TARIKH & TEMPOH  DOKUMEN DIJUAL

 

Dokumen Tender boleh  diperolehi/dijual selepas  taklimat/lawatan tapak di:

 

Tempat: Kaunter Tingkat 28, Universiti Kuala Lumpur, Bahagian Perolehan, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Pada waktu-waktu pejabat seperti berikut: 

 

Tarikh: 5/11/2019 sehingga 22/11/2019

 

ISNIN-KHAMIS 

9.00 Pagi - 12.45 T/hari 

2.30 Petang - 4.45 Petang

 

JUMAAT 

9.00 Pagi - 12.00 T/hari 

2.45 Petang - 4.45 Petang


SYARAT PENDAFTARAN

 

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

 

Gred: G6 Kategori: B Pengkhususan: - B07 dan B28


 

TARIKH/TEMPAT/ MASA TAKLIMAT LAWATAN TAPAK (Taklimat/Lawatan Tapak adalah WAJIB)

 

Tarikh: 5/11/2019 Masa: 10.00 pagi

Ruang Lobi, Universiti Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.


TARIKH TENDER DITUTUP

26/11/2019

Sebelum jam 12.00 T/hari


 

2. Kehadiran ke sesi taklimat/lawatan tapak adalah WAJIB. Sila bawa Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan/Sijil Taraf Bumiputera/Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi mengesahkan kehadiran ke sesi taklimat tender. 

 

 

3. Kontraktor-kontraktor hendaklah mengemukakan sijil-sijil berikut yang masih sah tempohnya untuk semakan sebelum dibenarkan membeli dokumen. 

 

i) SIJIL ASAL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 

 

ii) SIJIL ASAL PERAKUAN PENDAFTARAN KONTRAKTOR (PPK) yang dikeluarkan oleh LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA (CIDB) 

 

iii) SIJIL ASAL TARAF BUMIPUTERA (STB) yang dikeluarkan oleh BAHAGIAN PEMBANGUNAN KONTRAKTOR DAN USAHAWAN (BKU) 

 

iv) SIJIL PENDAFTARAN SST 

 

Satu (1) salinan fotostat sijil-sijil di atas (tidak dikembalikan) hendaklah dikemukakan untuk simpanan UniTek semasa hendak membeli dokumen. 

 

4.Mempunyai pengalaman yang berkaitan dan berjaya menyiapkan projek bagi kerja-kerja pengubahsuaian di dalam kompleks perniagaan dalam tempoh 10 tahun terkini di Malaysia. (Surat Setuju Terima dan Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) perlu dikemukakan sebagai bukti untuk mengesahkan pengalaman menyiapkan projek seperti yang dinyatakan di atas) 

 

5. Bayaran dokumen tender boleh dibuat secara BANK DRAF atas nama UNIVERSITI TEKNIKAL MARA SDN. BHD. Wang ini tidak dikembalikan. Satu (1) Kontraktor hanya dibenarkan membeli satu (1) dokumen tender bagi setiap tender dan mengemukakan satu (1) tawaran tender sahaja. 

 

6. Tarikh akhir pembelian tender adalah pada 22/11/2019. 

7. Semua kos yang berkaitan dengan Tawaran Tender di atas adalah menjadi tanggungjawab Kontraktor. 

8. UniTek-MARA berhak mempersetujui nilai tender sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan tender. 

9. UniTek-MARA tidak tertakluk menerima mana-mana tawaran terendah atau sebarang tawaran. UniTek-MARA berhak untuk membatal atau menunda atau menggantung tawaran di atas secara keseluruhan atau sebahagian sebelum atau selepas tarikh dan masa tutup tawaran tanpa menyatakan sebab di atas keputusan tersebut. 

 

10. Dokumen tender yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeteri dan bertanda dengan No. Tender dan Tajuk Kerja di sebelah kiri atas sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender seperti alamat di bawah:

 

PETI TENDER, TINGKAT 30 

UNIVERSITI KUALA LUMPUR 

1016, JALAN SULTAN ISMAIL

50250 KUALA LUMPUR 

 

Pada atau sebelum tarikh tutup tender jam 12.00 tengah hari. 

 

11. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh dan masa tutup tender tidak akan diterima.