Asklegal

Tender | Construction

Jabatan Pengairan Dan Saliran - Constructing a River Cliff Holder Structure


Tender adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/ UPKJ/Kementerian Kewangan Dalam Gred, Kategori, Pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja/bekalan berikut:-


Pejabat Yang Memanggil Tender 

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor.


No Tender/Tajuk Projek  (Pembiayaan)

JPS/N/J/SG/02/2019

Membina Struktur Penahan Tebing Sungai Muar Di Pekan Grisek, Daerah Tangkak, Johor.


Taraf

Bumiputera


Syarat Pendaftaran

 

Berdaftar dengan CIDB

Memegang Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera Yang Masih Sah.

Gred: G5 Kategori : CE Pengkhususan : CE 21 dan CE 36


Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual

 

Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Tangkak, Johor.

 

5 November 2019


Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama

RM 250.00

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Tangkak


Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Johor

 

26 November 2019

12.00 Tengah hari


 

Taklimat Projek/Lawatan Tapak Adalah DIWAJIBKAN Pada 5 November 2019 Masa: 9.00 pagi

Tempat Berkumpul : Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Tangkak, No.126 Jalan Manja, 84900 Tangkak, Johor. Hanya penama syarikat di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA atau UPKJ sahaja boleh menghadiri lawatan tapak/sesi taklimat. Kontraktor/Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK, SPKK,PUKONSA atau UPKJ.


 

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan Dokumen Tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

 

Bayaran bagi Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draf Bank/Kiriman Wang/Wang Pos di atas nama Jurutera Daerah JPS Tangkak, Johor. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil Kontraktor dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (jika berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil Kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan / sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan).